awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyanyi 'Driving Home for Christmas', Chris Rea meninggal dunia pada usia 74 tahun
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PPBM Jelebu beri kata dua kepada pemimpin parti

Bernama
Bernama
23/02/2018
11:54 MYT
Anggota PPBM Jelebu beri kata dua kepada pemimpin parti
Ramlan mendakwa individu yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk meneraju PPBM Jelebu tidak pernah turun padang selain turut terpalit isu integriti. - Gambar fail
Seorang Anggota Jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Jelebu hari ini memberi kata dua kepada pucuk pimpinan parti agar menukar ketua bahagian itu atau mereka akan kehilangan 50 anggota di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peradong.
Ramlan Ramli yang mendakwa mewakili anggota PPBM di PDM berkenaan berkata isu ketua bahagian tersebut pernah dibawa kepada lembaga disiplin dan juga Majlis Presiden PPBM namun sehingga kini tiada penyelesaian.
"Sedar atau tidak, permasalahan dalaman PPBM Bahagian Jelebu tidak pernah diambil peduli oleh pucuk pimpinan parti sendiri," katanya pada sidang media khas, di sini.
Antara lain, Ramlan mendakwa individu yang dipilih oleh pucuk pimpinan untuk meneraju PPBM Jelebu tidak pernah turun padang selain turut terpalit isu integriti.
Justeru katanya jika masalah itu tidak diselesaikan dalam masa terdekat, kesemua 50 anggota PPBM di PDM Peradong akan bertindak keluar parti, sekali gus PDM tersebut ditutup.
Menurut Ramlan, PPBM Jelebu mempunyai kira-kira 200 anggota aktif pada masa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahagian jelebu
#integriti
#Lembaga Disiplin
#MalaysiaMemilih
#pemimpin
#peradong
#politik
#PPBM
#Pusat Daerah Mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan