Istiadat Pengurniaan Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12 yang dijadual berlangsung esok ditangguhkan pada Isnin depan.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hassan sebentar tadi.
"Dimaklumkan bahawa Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob telah memutuskan agar Istiadat Pengurnian Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-12 ditangguhkan.
"Istiadat itu akan berlangsung pada 9 Mac 2020 bersamaan Isnin pada jam 3 petang di Dewan Seri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri,"katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
BACA: 15 Adun Perikatan Nasional adakan pertemuan dengan TYT Melaka
Sehingga kini, siapakah yang bakal menjadi Ketua Menteri ke-12 masih menjadi tanda tanya meskipun pada 2 Mac lalu, Perikatan Nasional mengumumkan mendapat 17 sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada BN, Bersatu, PKR dan DAP sekaligus boleh membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Kemelut politik di negeri ini kembali meruncing selepas gabungan kerajaan baharu itu menolak kerjasama dengan dua Adun Bersatu sebelum menyerahkan Perakuan Bersumpah (SD) baharu kepada Tun Mohd Khalil petang Khamis.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Mar 05 2020
Dewan Undangan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh. - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Pembukaan semula Zoo Johor ditangguh ke Ogos - Exco
Pembukaan semula Zoo Johor yang dijadual pada bulan ini ditangguhkan ke Ogos depan berikutan terdapat beberapa kerja-kerja naik taraf luar jangka sedang dilakukan.
Tun M terima rawatan di IJN, perbicaraan kes fitnah ditangguh
Perbicaraan kes saman fitnah Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan pada Selasa ditangguh kepada 19 Julai ini.
Peperiksaan sekolah agama di Johor ditangguh bagi sekolah terjejas banjir, jadi PPS
Peperiksaan Penggal Kedua bagi Tahap 1 dan 2 Sekolah Agama Kerajaan Johor ditangguhkan bagi sekolah yang terjejas banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).
Pesawat PM Kanada alami masalah teknikal di India, penerbangan ditangguh
Trudeau dan delegasinya dijadual berlepas dari New Delhi pada 8 malam waktu tempatan selepas menghadiri sidang kemuncak G20 selama dua hari.
RUU LHDN (Pindaan) 2023 ditangguh ke sidang akan datang
Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) (Pindaan) 2023 bagi bacaan kali kedua yang sepatutnya diluluskan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan ke persidangan akan datang.
Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditangguh, bersambung 8 pagi esok
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, ditangguhkan kira-kira 8 malam ini ekoran hujan.
Perhimpunan Agung UMNO ditangguh ke Januari tahun depan
Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang pada mulanya dijadual berlangsung pada Disember tahun ini, ditangguhkan ke awal Januari tahun hadapan.
VTL udara: Tangguh atau kembali beroperasi dimuktamad 48 jam sebelum 21 Jan
Keputusan akan ditentukan dalam tempoh 48 jam sebelum tamat tarikh penangguhannya iaitu pada 21 Jan tahun depan.
Perbicaraan kes babit dana 1MDB ditangguh, MySejahtera klasifikasi Najib sebagai "PUS"
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguh ke esok.
Persidangan DUN Johor ditangguh lagi ke 6 Sept
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang baru berlangsung dua hari, sekali lagi ditangguhkan bermula esok untuk penilaian risiko COVID-19.