awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar dakwa UMNO kini bawah pengaruh Anwar

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2021
07:47 MYT
Annuar dakwa UMNO kini bawah pengaruh Anwar
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kenyataan media terbaru Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan bukti bahawa UMNO kini dikuasai Pakatan Harapan (PH). - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kenyataan media terbaharu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan bukti bahawa UMNO kini dikuasai Pakatan Harapan (PH).
"Selepas tersebar surat sokongan dan ikrar setia Presiden UMNO kepada Anwar yang disembah kepada Yang di-Pertuan Agong, kenyataan media ini merupakan satu lagi bukti pimpinan UMNO kini berada di bawah pengaruh Anwar Ibrahim.
"Ini jelas membelakangi dasar parti tidak menyokong Anwar dan DAP," kata Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat.
Pada Khamis, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan merayu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan sidang Parlimen diadakan segera.
Bagaimanapun MIC mendakwa kenyataan Ahmad Zahid itu kurang tepat.
Presiden MIC, SA Vigneswaran sebaliknya berkata, mesyuarat BN pada Rabu memutuskan untuk tidak membuat sebarang andaian dengan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung sidang Parlimen
Mengulas lanjut, Annuar berkata, kenyataan Ahmad Zahid agar sidang Parlimen diadakan dibuat kira-kira 24 jam selepas Dewan Tertinggi BN dalam mesyuaratnya memutuskan sekali lagi bahawa BN mengekalkan dasar tidak menyokong atau bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Menurut Annuar, ini jelas menunjukkan semua keputusan UMNO tidak lagi dipatuhi sebaliknya parti itu hanya mencuba untuk terus menjayakan agenda peribadi.
“Ahli dan akar umbi dipersendakan pemimpin. Hasrat ahli ingin melihat semangat kesatuan parti-parti berteraskan perpaduan Melayu semakin kabur.
“Peranan UMNO memperkasa muafakat bersama Pas semakin renggang sedikit demi sedikit UMNO diheret ke arah Anwar dan DAP. Kita semakin jauh dari aspirasi rakyat, terutama orang Melayu dan umat Islam,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut mengulangi pendiriannya kepada keputusan parti untuk tidak menyokong Anwar dan tidak bersama DAP.
“Saya masih utuh mendukung setiap ayat dalam piagam Muafakat Nasional dan nota persefahaman UMNO dan Pas yang saya turut terlibat menggubal dan membuat pengisytiharannya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Zahid Hamidi
#Annuar Musa
#Tan Sri Annuar Musa
#UMNO
#PAS
#PKR
#Barisan Nasional
#pembangkang
#Yang di-Pertuan Agong
#Parti Keadilan Rakyat
#Pakatan Harapan
#pengaruh Anwar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan