KOTA BHARU:Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa menasihati pemimpin parti itu agar tidak menjadikan penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebagai polemik.
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata ini kerana penubuhan semula jabatan itu adalah sebagai jentera penyampai dasar kerajaan agar lebih difahami oleh rakyat di akar umbi
"Sebelum ini Jasa ditutup oleh kerajaan PH (Pakatan Harapan) dan ini bererti tiada peruntukan dan pada Belanjawan 2021 Jasa diumumkan untuk ditubuhkan mulai tahun depan.
"Namun pada hemat saya, penubuhan ini bukannya untuk sekadar hidupkan Jasa dalam bentuk lama dan sudah tentu mempunyai idea tertentu. Pihak lain tidak usahlah wujudkan polemik sehingga terjadi tuduh-menuduh termasuk bagi mematikan UMNO," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat 4 Peringkat UMNO Bahagian Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, di sini hari ini.
Sehubungan itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh meminta agar mereka yang berkenaan mendengar terlebih dahulu penjelasan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata parti itu percaya peruntukan RM85.5 juta yang dikhususkan kepada Jasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan jumlah yang terlalu besar.
Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan menjelaskan kewajaran peruntukan sebesar itu untuk penubuhan semula jabatan tersebut yang disifatkannya berperanan sebagai "pembesar suara".
Sementara itu, Annuar berkata kesemua parti komponen PN serta sekutu khususnya BN, sudah membuat ketetapan untuk meningkatkan solidariti dan kesepakatan dalam mendukung kerajaan semasa termasuk menyokong semua rang undang-undang yang dibawa oleh PN, khususnya Belanjawan 2021.
"Dalam hubungan ini, saya ingin membuat seruan kepada parti komponen BN supaya mendukung apa yang telah diisytiharkan oleh Majlis Tertinggi (UMNO) seperti mana yang termaktub dalam kenyataan media yang ditandatangani oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Adalah sangat penting dalam saat ini kita kekalkan kesepaduan dan solidariti dalam PN, Muafakat Nasional dan berpegang kepada apa yang telah diisytiharkan oleh presiden kerana yang diumumkan itu adalah hasil mesyuarat Majlis Tertinggi," katanya.
Menurutnya, kesemua 43 ahli Parlimen BN telah diarahkan oleh ketua whip agar menyokong sebulat suara segala usaha kerajaan.
"Namun begitu, tidaklah menjadi satu kesalahan kita memberikan syor, pandangan dan membuat teguran terhadap apa-apa yang dikemukakan. Tetapi pandangan yang dikemukakan itu mesti berpandu kepada fakta bukan kepada 'hearsay' agar teguran dan pandangan kita lebih berkesan dan boleh membantu kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 08 2020

Annuar berkata, penubuhan semula jabatan itu adalah sebagai jentera penyampai dasar kerajaan agar lebih difahami oleh rakyat di akar umbi.- Astro AWANI / Shahir Omar

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

AWANI Ringkas: Anggota Polis Marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

AWANI Ringkas: PKP penuh? Tunggu pengumuman | 11 kematian dua hari berturut-turut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tidak cukup dalami ilmu agama punca rasuah berleluasa - Hussamuddin
Ramai orang Islam tidak memahami konteks ajaran agama Islam sehingga sanggup melibatkan diri dengan gejala rasuah.

Gerakan banteras rasuah, gerakan semua pihak
Jelas Datuk Hussamuddin Yaacub, gerakan perangi rasuah itu perlu bermula daripada akar umbi sendiri dan digerakkan antara rakyat sesama rakyat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Thaipusam: Hanya petugas dibenarkan bawa patung Dewa Murugan, tiada perarakan pengikut - Annuar Musa
Hanya pergerakan dengan garis panduan yang ketat dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara sahaja.

Thaipusam: Pedati tidak boleh berhenti, pengikut tidak lebih 10 orang, tiada muzik
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa mengumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan perarakan pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Jangan ada yang cuba minta Ahmad Zahid berundur - Ahmad Jazlan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu meminta pihak tertentu supaya bersabar dan menghormati amalan demokrasi yang diamalkan dalam parti.

Najib didakwa dalang di sebalik surat, hanya 7 menyokong - Sumber
Datuk Seri Najib Razak didakwa menjadi dalang kepada usaha UMNO yang mahukan Ahli Parlimen parti itu menyokong gesaan supaya sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat.

Surat Ahmad Maslan cubaan derhaka kepada Agong - Annuar
Annuar mendakwa Ahmad mengahantar surat kepadanya supaya menggesa Yang di-Pertuan Agong perkenan untuk diadakan sidang Parlimen dalam masa terdekat.

Pemimpin Melayu perlu lupakan perbalahan politik - Syed Ali
Sudah sampai masanya pemimpin politik yang mewakili kelompok Melayu 'duduk semeja' mencari jalan untuk memperbaiki keretakan perpaduan kaum sendiri.

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk disarankan supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.

"UMNO kini sudah berpecah tiga" - Annuar Musa
Perpecahan UMNO kepada tiga terdiri daripada kelompok kumpulan yang tolak Bersatu, yang berada di tengah-tengah dan yang terima Bersatu.

Biar dilabel 'tali barut' Bersatu, Annuar Musa kekal pertahan UMNO
Pihak yang sengaja melemparkan tuduhan beliau tali barut Bersatu mempunyai agenda peribadi yang tersendiri, tegas Annuar Musa.