awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar Musa tidak dipecat, beliau diganti - Ahmad Maslan

Fareez Azman
Fareez Azman
05/01/2021
08:27 MYT
Annuar Musa tidak dipecat, beliau diganti - Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa tidak dipecat daripada jawatannya sebaliknya diganti termasuk jawatan dalam Muafakat Nasional (MN). - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa tidak dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) sebaliknya beliau digantikan termasuk jawatan dalam Muafakat Nasional (MN).
Tambah Ahmad Maslan, ia adalah perkara biasa dimana jawatan Setiausaha Agung dipegang oleh individu yang sama.
“Beliau tidak dipecat, beliau diganti, biasanya Setiausaha Agung UMNO ini juga sebagai Setiausaha Agung BN (Barisan Nasional), saya kira itu di antara sebab (Annuar diganti) saya juga diberi tugas untuk menjadi Setiausaha Agung Muafakat Nasional.
”Presiden UMNO juga di hadapan Ketua-Ketua Bahagian mengucapkan terima kasih atas khidmat yang diberikan Annuar yang sebelum ini menjadi Setiausaha Agung BN dan MN,” katanya lagi.
Kemelut Politik | Annuar Musa dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perjumpaan khas bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di ibu negara memaklumkan pelantikan Ahmad Maslan menggantikan Annuar bagi kedua-dua jawatan itu.
Annuar dijangka mengadakan sidang media esok susulan isu pemecatan beliau itu.
[SIDANG MEDIA] Setiausaha Agung UMNO
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Ahmad Maslan
#Annuar Musa
#UMNO
#Barisan Nasional
#Parlimen
#Setiausaha Agung
#Muafakat Nasional
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan