Skip to main content
Advertisement

Politik

Anwar belum terima surat peletakan jawatan Anthony Loke

Foto Shahir
Anwar berkata, sebarang tindakan susulan hanya akan diputuskan selepas surat berkenaan diterima. - Gambar fail
Advertisement

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau masih belum menerima surat rasmi peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurutnya, sebarang tindakan susulan hanya akan diputuskan selepas surat berkenaan diterima.

“Tunggu surat,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menghadiri Himpunan Mesra Alumni Teknologi Mara (UiTM), pada Sabtu.

Anwar sebelum ini memaklumkan mahu bertemu Anthony terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenai tawaran berkenaan.

Anthony menawarkan peletakan jawatan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Must Watch Video

Advertisement