KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin yang dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu enggan mengulas panjang mengenai peranan dan nilai tambah yang dibawa Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kerajaan hari ini.
Sebaliknya, bekas Ketua Pemuda UMNO itu yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai alasan tersendiri menerusi penubuhan Kerajaan Perpaduan, namun berharap ia tidak diberi penilaian yang salah.
"Saya percaya Perdana Menteri memerlukan kerajaan yang stabil dan untuk mewujudkan kerajaan yang stabil, beliau perlu mempunyai rakan gabungan, gabungan pasca pilihan raya dalam kes ini, yang boleh menambah nilai kepada kerajaannya.
"Persoalan yang perlu ditanya oleh Perdana Menteri sendiri, adakah UMNO dan Zahid menambah pada nilai kerajaannya?" soal Khairy ketika muncul sebagai tetamu dalam program The Breakfast Grill di BFM, pagi tadi.
Kata Khairy, berdasarkan pemerhatiannya, situasi semasa akan memberi kesan kepada parti itu dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.
"Saya tidak mahu menyatakan ini dari sudut kepentingan peribadi, tetapi saya akan menjawab soalan ini dengan memberi tumpuan kepada keputusan yang telah dibuat dan bukannya mereka yang digantung atau dipecat.
"Ya, saya fikir UMNO akan terjejas, kerana saya rasa orang ramai memberi reaksi yang sangat negatif terhadap keputusan yang dibuat oleh Zahid," tegas Khairy.
Dalam pada itu, Khairy, 47, menegaskan, beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan Ahmad Zahid, malah yakin pemecatannya bukan kerana 'salah taktik' dalam usaha memperbetulkan landasan perjuangan parti.
"Adakah taktik yang salah digunakan? Saya tidak fikir begitu. Saya tidak ada apa-apa masalah dengan Zahid secara peribadi, saya tetap anggap dia kawan. Dia mungkin tidak menganggap saya sebagai kawan lagi, tetapi saya tidak menentangnya.
"Secara peribadi, saya hanya mahukan pertandingan terbuka kerana hakikatnya beliau menjadi pengerusi ketika parti mengalami kekalahan paling buruk dalam pilihan raya. Dan apa yang saya mahu sangat mudah.
"Jika Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) diminta berundur sebagai Presiden selepas kami kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, jika Najib (Datuk Seri Najib Razak) diminta berundur selepas pilihan raya 2018, paling tidak anda boleh lakukan, jika anda tidak mahu berundur, sekurang-kurangnya membuka pemilihan parti secara terbuka dan membiarkan ahli membuat keputusan," tegas Khairy.
Madiha Abdullah
Mon Jan 30 2023

Khairy (kiri) yakin Anwar (tengah) mempunyai alasan apakah nilai yang dibawa Zahid dalam Kerajaan Perpaduan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.

AWANI Ringkas: KKM arah orang ramai henti ambil ubat batuk, selesema ada Pholcodine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal kargo Malaysia hilang sejak Januari
Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan pihak Jabatan Laut memantau secara serius dan memastikan misi SAR diteruskan bersama-sama pihak berkuasa Indonesia.

Lima lelaki direman bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM2.5 juta
Tuntutan berkenaan membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor, pada 2020.

Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy
Kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.

Ibu hamil lima bulan maut tercampak tengah jalan
Seorang ibu yang hamil lima bulan maut dipercayai tercampak ke tengah jalan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dua buah kereta di Bukit Bakar di sini pada Rabu.

Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan buat laporan polis
MoF akan membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap bekas menteri dan pegawainya membatalkan kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Hakim baharu dengar kes Rosmah ubah wang haram RM7 juta
Perbicaraan kes pengubahan wang haram RM7 juta dan gagal menyerahkan penyata pendapatan LHDN membabitkan Rosmah di Mahkamah Tinggi akan didengar hakim baharu iaitu K Muniandy.

Zahid Hamidi memang kuat, tapi jangan pandang rendah pengaruh 'Bossku', kata KJ
KJ beri amaran jangan pandang ringan suara Najib Razak di sebalik penjara yang boleh menentukan masa depan UMNO.

Pemilihan UMNO: "Ketika kita perlu 'wartime general', mungkin dia Kak Ijat?" - Khairy
Tan Sri Shahrizat dijangka berada di kedudukan selesa untuk merampas semula jawatan Ketua Wanita UMNO.

Relevan lagikah pemilihan UMNO, soal Khairy
Bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dengan nada sinis mempersoalkan sama ada pemilihan parti tersebut masih relevan atau tidak.

Surat tular: Isham bidas kenyataan KJ
Isham berkata, meskipun beliau sendiri tidak pernah membaca surat berkenaan namun, kandungan surat itu dilihat tidak jelas dan banyak tafsiran.

Masih bertaring, Khairy, Shahril lancar podcast 'Keluar Sekejap'
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan terus meluaskan karier baharunya dalam bidang penyampai radio dengan kemunculan siaran podcast yang akan membahaskan isu berkaitan politik negara.

Surat tular: Jika betul, maka usul tambahan PAU 2023 adalah tidak sah - Khairy
Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut memberi reaksi terhadap penularan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Selasa.

Bukan lagi menteri tetapi Khairy tetap turun padang
Penasihat Belia Johor itu berkongsikan lawatan beliau ke beberapa kawasan terjejas banjir antaranya di Yong Peng dan Batu Pahat.

Pilih nama anak Jibreil Ali, Timor, Raif Averroes, KJ kongsi inspirasi di sebalik nama unik
KJ mengakui setiap nama anaknya mempunyai sebab tersendiri.

Khairy ingatkan KWSP untuk hari pencen
Menurut Khairy, rakyat Malaysia perlu berpandangan jauh sebelum meminta pengeluaran KWSP buat kali ketiga.

Khairy menang jawatan Naib Presiden PKBM
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memenangi jawatan Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia bagi penggal 2023-2026.