ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai keberanian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai pendirian teguh dalam mempertahankan partinya.
Beliau berkata, walaupun Timbalan Perdana Menteri itu berdepan dengan pelbagai pertuduhan kes di mahkamah, namun tetap mahu menyelamatkan UMNO daripada dibubarkan.
Menurutnya, sikap dan integriti Ahmad Zahid wajar dihargai dan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN harus dikukuhkan untuk keharmonian Kerajaan Perpaduan.
“Ada orang hina Ahmad Zahid, memang beliau berdepan kes mahkamah namun kita tak boleh nafikan satu perkara, iaitu beliau ada keberanian.
“Orang lain kalau Tun Dr Mahathir Mohamad panggil dan suruh tutup UMNO, kalau tak tutup nanti kena (tindakan).
"Namun abang saya (Ahmad Zahid) jawab tak boleh tutup kerana UMNO parti orang Melayu dan ada sejarah perjuangan kebangsaan. Saya ‘salute’ untuk itu,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Alor Setar di Alor Mengkudu, di sini, pada Jumaat.
Anwar menyifatkan tindakan berani Ahmad Zahid itu turut berisiko terhadap dirinya namun sanggup berdepan risiko demi untuk selamatkan UMNO.
“Yang lain lompat parti termasuk bekas menteri UMNO. Sekarang kita (PH-BN) akan menjadi pejuang Melayu,” ujarnya.
Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan rasa hormat kepada bekas Musyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan memiliki integriti yang tinggi.
“Sebab apa kita kasih kepada tuan guru Nik Aziz. Dia dari Pas tapi kita hormat sebab beliau ada integriti, tak ambil tanah, tak ambil balak dia tak curi.
"Tapi ada pula yang masih ada kuasa, tanah projek kamu sakau nak cakap banyak apa?” ujarnya.
Anwar sekali lagi menepis dakwaan mengadap Sultan Kedah bersama usahawan Indonesia, Reza Khalid untuk mendapatkan tanah di Kedah bagi tujuan penerokaan unsur nadir bumi (REE).
“Bukan saya panggil jumpa minta tanah, tak ada, bukan macam kamu dan rakan-rakan kamu. Saya tak gunakan kuasa curi harta rakyat untuk perkayakan diri dan ahli keluarga,” jelasnya.
Anwar turut meminta pengundi memilih Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya negeri (PRN) selari dengan kempen ‘kalih bagi sama’ yang dilaungkan lebih 3,000 penyokong yang hadir pada program tersebut.
“Pastikan Kedah ini kita kalih bagi sama, sebab apa? Sebab senang nak runding macam-macam untuk manfaat rakyat.
"Program kita sekarang melonjak termasuk pelaburan di Kulim High Tech Park bawah Persekutuan, memang terletak di Kulim tetapi ia projek Persekutuan.
“Kita lakukan promosi pelaburan dan sediakan kemudahan serta strategi terutama bawah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Malah Arab Saudi setuju jadikan Malaysia sebagai pusat pelaburan rantau ini, dengan itu kita harus pertingkatkan kemahiran untuk negara ini lebih maju,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 04 2023
Anwar ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Alor Setar di Alor Mengkudu, Alor Setar, malam tadi. - Foto SINAR HARIAN
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.