Rancangan kerajaan untuk mengambil alih empat lebuh raya bertol di Lembah Klang daripada syarikat konsesi bukan satu tindakan bagi meraih undi.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, keputusan itu telah dibuat sebelum waktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bermula di mana beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng beberapa minggu lalu.
Tambahnya, keputusan kerajaan itu merupakan langkah baik yang dapat meringankan beban rakyat.
"Saya tak tahu tapi saya tengok rancangan itu, Menteri Kewangan beri maklum pada saya dalam dua, tiga minggu yang lalu untuk mempersiapkan perinciannya.
"Jadi saya tidak fikir begitu (raih undi) sebab kerajaan dah berbincang awal," katanya kepada media selepas menghadiri program Rumah Terbuka Chap Goh Mei di sini pada Sabtu.
Mengenai kaedah kutipan tol mengikut waktu, Anwar menyambut baik cadangan itu sambil menyifatkannya sebagai kaedah yang dapat membantu rakyat.
Pada Sabtu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan mengambil alih empat lebuh raya bertol di Lembah Klang yang dikendalikan syarikat konsesi Gamuda Berhad.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa kaedah kutipan tol sedia ada akan digantikan kepada satu kaedah baru dengan kadar yang lebih rendah.
Kaedah kutipan tol baharu itu akan dilaksanakan mengikut tiga pecahan masa iaitu waktu puncak, waktu biasa dan waktu bukan puncak.
Empat lebuh raya itu adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART, yang dipegang secara majoriti oleh Gamuda.
Arfa Yunus, Firdaus Azil
Sat Feb 23 2019
Anwar menyampaikan ucapan bagi membantu kempen untuk calon Pakatan Harapan, Muhammad Aiman Zainali sempena PRK DUN Semenyih malam ini. - BERNAMA
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.