awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa lagi rakyat 'mau'? - Anthony Loke

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
27/10/2020
14:05 MYT
Apa lagi rakyat 'mau'? - Anthony Loke
Loke berkata kalau semua pemimpin politik cuba memahami apa rakyat mahu, maka keputusan yang baik untuk negara dan rakyat akan dilaksanakan. -Bernama
KUALA LUMPUR:Tiada pilihan raya umum mengejut sehingga tempoh Parlimen tamat dan rakyat boleh bercuti bersama keluarga dengan gembira, adalah antara kehendak masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh ahli politik.
Itu antara 10 senarai kehendak rakyat dinyatakan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, dalam catatan Facebooknya malam ini dalam seruannya supaya ahli politik memahami kemahuan rakyat.
"Sebagai orang politik, keupayaan untuk mendengar denyut nadi rakyat adalah satu keperluan untuk kita membuat keputusan yang tepat.
"Kalau semua pemimpin politik cuba memahami apa rakyat mahu, maka keputusan yang baik untuk negara dan rakyat akan dilaksanakan," katanya dalam catatan itu yang bertajuk 'Apa lagi rakyat mau?'.
Beliau dalam pada itu berkata, rakyat juga mahu negara terus aman dan stabil; dasar dan program kerajaan untuk membantu golongan yang terkesan atau hilang punca pendapatan dilaksanakan.
Dasar dan program kerajaan yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan; langkah-langkah kesihatan yang lebih efektif untuk membendung penularan wabak COVID-19.
Kehidupan masyarakat dan aktiviti sosial secara normal dapat dikembalikan secepat mungkin; kurangkan perbalahan politik dalam media sosial dan anak-anak boleh bersekolah seperti biasa tanpa rasa takut.
Topic Berkaitan
#DAP
#Anthony Loke Siew Fook
#Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP
#perintah darurat
#Pakatan Harapan
#Perdana Menteri
#PM
#rakyat Malaysia
#menteri
#rakyat
#kemahuan rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan