awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa status Pas dalam Muafakat Nasional? Ini jawapan Abdul Hadi Awang...

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2021
06:58 MYT
Apa status Pas dalam Muafakat Nasional? Ini jawapan Abdul Hadi Awang...
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian UMNO yang mungkin akan berubah. - Gambar BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Pas masih berteka-teki berhubung kedudukannya dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) selepas UMNO mengumumkan untuk bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Sebaliknya, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian UMNO yang mungkin akan berubah.
“UMNO ini dia (akan) berubah, bahkan masa baru-baru ini (ketika) sebahagian daripadanya sokong jajaran baharu lepas itu pusing balik kekal bersama… kita terbuka dengan semua tapi kita bergantung apa janji dalam piagam,” kata Abdul Hadi dalam sidang media selepas menyampaikan Ucapan Dasar pada Muktamar Pas Ke-67 di sini, pada Sabtu.
Ketika ditanya pendirian parti pimpinan beliau selepas UMNO membuat pengumuman nama calonnya, Abdul Hadi berkata, Pas melalui Perikatan Nasional (PN) akan turut bertanding di kesemua kerusi DUN Melaka pada 20 November ini.
AWANI Ringkas: Pas tidak mahu dikurung dalam permuafakatan tertutup
BACA: PRN Melaka: Pas pilih PN andai berlaku pertembungan kerusi - Abdul Hadi
BACA: Pas tidak mahu sekadar jadi 'penumpang' - Abdul Hadi
Pas, katanya, berpegang kepada asas kerjasama dalam PN, namun terpulang kepada UMNO yang mendahului dengan tindakan mengumumkan nama calon tanpa kehadiran rakan-rakan.
Tegas Abdul Hadi lagi, bila menyebut kerjasama baik dalam MN atau PN, tindakan itu semestinya disertai bersama sama ada dalam soal pengagihan kerusi dan sebagainya.
Pas, juga, kata beliau, tidak lupa pada piagam yang dimeterai bersama dan sentiasa berpegang pada perjanjian itu.
Dalam masa sama, Abdul Hadi berkata, Pas juga tidak mahu menjadi sebuah parti yang terkurung dan hanya terhad kerjasama dengan UMNO semata-mata, sebaliknya, mahukan parti lain termasuk berada dalam satu kerjasama.
“Kita telah meterai piagam peringkat nasional, tidak terhad Pas dan UMNO (sahaja)… kita jemput Bersatu untuk sertai dalam piagam Muafakat Nasional bersama-sama, sebab itu Pas tak boleh dipaksa supaya langgar muafakat.
“Contohnya, Pas dengan UMNO sahaja tak boleh ajak parti lain… itu kita tak setuju, bahkan kita lebih fleksibel,” tegas Abdul Hadi.
Topic Berkaitan
#PAS
#Muafakat Nasional
#UMNO
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan