KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengesahkan tidak menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Sebaliknya Ahli Parlimen Papar itu kekal sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Kami (empat Ahli Parlimen) tidak menyertai parti itu (Gagasan Rakyat) kerana undang-undang tidak membenarkan (Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663)).
"Kami akan kekal sebagai ahli langsung GRS sebagaimana sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)," katanya.
Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).
Ditanya mengenai tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membawa keputusan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul ke mahkamah, Armizan menyerahkan kepada institusi kehakiman itu untuk memutuskannya.
"Itu hak mereka. Walaupun Speaker Dewan Rakyat telah membuat keputusan sebab dalam Perlembagaan Persekutuan itu jelas bahawa hak dan keputusan itu (terletak) kepada Speaker," katanya.
Terdahulu Bersatu telah menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat bertarikh 16 Januari 2023 berhubung notis kekosongan kerusi empat Ahli Dewan Rakyat di Sabah yang telah gugur keahlian mereka dalam Bersatu.
Yang Dipertua Dewan Rakyat memutuskan empat Ahli Dewan Rakyat tersebut tidak perlu mengosongkan kerusi masing-masing menurut Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan kerana mereka bukan ahli Bersatu ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Alasan yang diberikan ialah empat Ahli Dewan Rakyat tersebut telah menjadi ahli langsung Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 27 Oktober 2022.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Yang Dipertua Dewan Rakyat telah terkhilaf dalam membuat tafsiran Perlembagaan Bersatu dan dengan itu keputusannya juga adalah terkhilaf.
Justeru beliau akan merujuk keputusan berkenaan di mahkamah.
Mirlen Axtius
Sun Jan 29 2023

Jelas Armizan,keputusan untuk kekal sebagai ahli langsung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibuat atas faktor undang-undang yang melarang wakil rakyat bertukar parti. - Foto Bernama

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Gagasan Rakyat terima secara rasmi permohonan bekas ADUN Warisan, UMNO
Hajiji berkata, adalah menjadi hak kepada semua ADUN ini untuk menentukan pendirian serta masa depan politik mereka.

ADUN Karamunting pemimpin kesebelas 'ceraikan' Warisan
George Hiew Vun Zin menjadi ADUN ke-11 Warisan meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Gagasan Rakyat masih pada tahap merangkak - Penganalisis
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang menjadi landasan baharu politik bekas ahli dan pemimpin BERSATU Sabah masih lagi di tahap 'merangkak'.

Politik Sabah: Gagasan Rakyat dilancar, GRS kini seratus peratus parti tempatan
Majlis perasmian Gagasan Rakyat disempurnakan Ketua Menteri Sabah selaku presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Awang Ahmad Sah umum keluar Warisan, sertai Gagasan Rakyat
Datuk Awang Ahmad Sah Sahari hari ini mengumumkan keluar daripada Warisan dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Lima ADUN Sabah keluar UMNO, umum sertai Gagasan Rakyat dipimpin Hajiji
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO bertindak keluar daripada parti dan mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Gagasan Rakyat beri kerjasama pihak yang utamakan kepentingan Sabah - Hajiji
Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menerima dan mengutamakan kepentingan Sabah.

Stephen Jimbangan sahkan sudah hantar surat letak jawatan sebagai Presiden Gagasan Rakyat
Stephen Jimbangan mengesahkan sudah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Armizan sah tidak sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah, kekal ahli langsung GRS
Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).

Hajiji bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah
Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).