awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly

Bernama
Bernama
22/12/2023
08:18 MYT
AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly
Adly Zahari.
KLANG: Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) perlu menyediakan Pelan Tindakan Wanita Amanah untuk membantu memperkukuh kedudukan parti di peringkat nasional, kata Naib Presiden Amanah Adly Zahari.
Berucap merasmikan Konvensyen AWAN Nasional 2023 di sini hari ini, beliau berkata menerusi pelan tindakan itu, pemimpin atasan boleh mengenal pasti calon wanita Amanah yang mempunyai bakat dan potensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin.
"Jadi guna kesempatan ini, bina pelan strategik wanita Amanah untuk menghadapi PRU khusus untuk memposisikan wanita di peringkat nasional.
"Saya yakin kalau gerak kerja dibuat, kompetensinya ada, hubungannya baik dengan kawasan di samping dukungan rakan-rakan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kita boleh berjaya," katanya.
Sementara itu, Ketua AWAN Datuk Aiman Athirah Sabu yang menyambut baik saranan itu berkata beliau akan mengerakkan sayap parti itu bagi menyediakan pelan tindakan tersebut, sekali gus menjadikannya sebagai langkah progresif Amanah dalam memastikan 30 peratus wanita berada dalam kepimpinan parti.
"Kita akan segera menyediakan satu pelan tindakan meletakkan kedudukan wanita untuk PRU16 akan datang dan persiapan itu boleh dibuat lebih awal dan kita akan ambil tindakan itu, insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#awan
#Wanita Amanah
#Adly Zahari
#Konvensyen Awan Nasional 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan