Mungkin tidak ramai yang mengenali Wan Ali Wan Amran di Kuantan, namun jika disebut Ayah Wan, pasti masyarakat terutama di Sungai Isap tahu sosok tubuh yang berusia 65 tahun itu adalah seorang tukang urut pilihan bagi orang politik.
Mula belajar mengurut pada tahun 1976, Ayah Wan merupakan pakar dalam mengurut patah, sendi serta lumpuh saraf.
Katanya, sebelum ini dia merupakan seorang kakitangan kerajaan dan kemahiran mengurutnya hanya diketahui beberapa ahli keluarga sahaja.
Bagaimanapun, pekerjaannya yang melibatkan beberapa orang kenamaan mengubah segala-galanya.
Semuanya bermula apabila Ayah Wan mengurut beberapa Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengadu sakit urat.
"Bagi Ayah Wan yang urut orang politik ini, Ayah Wan bukan pandang wang ringgit, sebab perjanjian dengan tok nenek Ayah Wan tidak kira siapa atau penyakit apa, Ayah Wan akan ikhtiarkan dia.
"Dengan orang politik, Ayah Wan tidak ada letakkan harga, dengan penyakit dia.
"Orang berduit, orang berada, dia hulur. Kadang-kadang RM500. Ayah Wan pun tidak minta. Kadang-kadang RM300. Itu mainan orang politik," katanya ketika ditemui di kediamannya.
Ayah Wan menunjukkan beberapa keping gambar kenangan semasa menjadi kakitangan kerajaan dan mula mengurut ahli politik. - Gambar Astro AWANI/ Wan Syamsul Amly
Pengalaman Ayah Wan dalam mengurut ahli politik tidak boleh disangkal lagi.
Hampir 20 tahun dia menabur bakti, dalam mengurut ahli politik di Pahang terutamanya dan seluruh negara amnya.
Istimewanya katanya, mana-mana ahli politik tidak pernah memberitahu rahsia politik mereka kepada Ayah Wan.
Paling penting, kata Ayah Wan, penyakit ahli politik itu mesti disembuhkan segera.
Dia menjelaskan, selain orang politik, dia juga mengurut orang kenamaan.
Bagaimanapun katanya, pelanggannya tidak tertakluk kepada orang politik semata-mata.
"Kalau orang susah betul, pelajar-pelajar yang kaki bawa motosikal, yang ada patah, akan datang berjumpa Ayah Wan, bila selesai, mereka kata tidak ada duit, Ayah Wan kata baliklah.
"Selepas itu apabila mereka sudah balik dan baik, mereka datang semula apabila ada duit. Ada yang beri Ayah Wan RM100.
"Ayah Wan kata, semuanya ikhlas, tidak ada paksaan, tidak ada pengeras, tidak ada perjanjian dan sudah diajar begitu," jelasnya.
Bagaimanapun katanya, paling penting bagi orang politik atau sesiapa sahaja untuk menjaga kesihatan diri dalam pemakanan sehari-hari.
"Baik orang politik, baik orang biasa, penyakit tidak sama. Ada yang penyakit uluran tidak boleh makan limau purut. Siapa ada 'sakit medu' tidak boleh makan nangka, cempedak, labu atau kundur, (dikhuatiri) bisa. Kalau gout jangan makan barang-barang laut," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Tue May 01 2018
Istimewanya, kata Ayah Wan, mana-mana ahli politik tidak pernah memberitahu rahsia politik mereka kepadanya. - Astro AWANI/ WAN SYAMSUL AMLY
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Jalani tempoh perkenalan singkat, warga emas 78 tahun teruja bertemu jodoh semula
"Kami diperkenalkan oleh kawan anak. Pertemuan pertama kami, dia pandang saya dia dah berkenan."
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.