awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakar bendera DAP: Ahli UMNO bertanggungjawab akan dikenakan tindakan - Ku Nan

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
25/06/2015
15:12 MYT
Bakar bendera DAP: Ahli UMNO bertanggungjawab akan dikenakan tindakan - Ku Nan
Setiausaha Agung UMNO menyatakan ahli UMNO yang didapati terlibat dalam kes membakar bendera DAP akan diambil tindakan. - Gambar Fail
Ahli UMNO yang didapati terlibat dalam kes membakar bendera DAP akan diambil tindakan, tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“Kita pun tidak tahu siapa yang bakar, saya serahkan pada pihak polis untuk mengambil tindakan,” ujarnya ketika diminta mengulas insiden yang berlaku di bawah bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada Selasa lalu.
Beliau berharap pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan itu lantaran ia dilihat mempunyai niat untuk menyemarakkan semangat kebencian di antara satu sama lain.
Menurut beliau, Malaysia berjaya sebagai satu negara berbilang kaum, agama dan bangsa kerana rakyatnya bersatu.
Selain itu Adnan menasihatkan semua pihak agar berhati-hati, kerana ada banyak pihak yang akan membuat apa sahaja untuk menaikkan sifat kebencian di kalangan masayarakat.
“Ada yang tuduh kata UMNO buat. Tindakan membakar bendera bukan sifat UMNO, jadi tindakan akan diambil jika ada ahli-ahli yang melakukannya,” tambahnya lagi.
Adnan tidak menolak kemungkinan ada pihak yang menggunakan nama UMNO namun segala urusan siasatan, diserahkan kepada pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#bakar bendera
#DAP
#komtar
#polis
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan