awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Pulau Pinang semakin buruk sejak DAP ambil alih - Annuar

Bernama
Bernama
09/11/2017
23:00 MYT
Banjir di Pulau Pinang semakin buruk sejak DAP ambil alih - Annuar
Annuar berkata, sikap jiwa besar Najib dan Ahmad Zahid juga dicontohi seluruh kepimpinan dan jentera BN yang turut sama membantu mangsa banjir di Pulau Pinang. - Gambar fail
Sejak DAP mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang pada 2008, tahun demi tahun banjir di negeri itu semakin buruk, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata namun begitu, DAP sering kali mengeluarkan kenyataan yang bongkak kononnya mereka jauh lebih baik daripada Barisan Nasional (BN).
"Jika diimbas kembali, pada 15 Dis 2013, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng begitu angkuh mengeluarkan kenyataan mampu menyelesaikan masalah banjir dalam tempoh satu penggal sahaja.
"Begitu juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong, Ng Wei Aik yang mengeluarkan kenyataan pada tahun 2008, mampu selesaikan masalah banjir dalam tempoh sembilan bulan sahaja... tetapi kita lihat apa yang terjadi sekarang ini," kata Annuar dipetik sebagai berkata dalam satu artikel yang dikeluarkan UMNO Online pada Khamis.
Annuar berkata bukan isu banjir sahaja yang menjadi bukti Pulau Pinang sebuah negeri yang gagal di bawah pentadbiran DAP, malah kejadian tanah runtuh baru-baru ini di Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa juga adalah satu lagi bukti kerakusan kerajaan negeri menarah bukit mencari keuntungan sehingga membawa bencana.
Beliau berkata pembangunan tanpa kawalan yang dilakukan oleh kerajaan negeri telah membawa musibah yang besar kepada rakyat negeri itu.
"Tetapi Guan Eng harus bersyukur kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan timbalannya Datuk Seri DR Ahmad Zahid Hamidi, telah menunjukkan sikap berjiwa besar dengan menolak tepi fahaman politik demi membantu rakyat di negeri itu.
"Sikap jiwa besar ini juga telah dicontohi seluruh kepimpinan dan jentera BN yang turut sama membantu mangsa banjir di negeri itu. Orang yang selama ini DAP cerca dan hina, kini menghulur bantuan tanpa ada sedikit pun ungkitan," katanya.
Mengenai penarahan bukit, Annuar berkata banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang kerakusan kerajaan negeri terhadap tindakan itu serta pembinaan rumah di lereng-lereng bukit, namun ia tidak dipedulikan.
Beliau berkata antara kegagalan lain DAP adalah hutang kerajaan negeri melonjak tinggi, pelaburan semakin kurang, pertumbuhan ekonomi lembab dan pelbagai caj dikenakan kepada rakyat.
"Surcaj air naik empat kali sejak DAP memerintah Pulau Pinang. (Pulau Pinang) Satu-satunya negeri yang mengenakan caj parkir sehingga tengah malam... cukai pintu naik 14.29 peratus pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#banjir
#DAP
#Ng Wei Aik
#pulau pinang
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan