Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ba’kelalan, Baru Bian dan Adun Batu Lintang See Chee How sah memilih Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai wadah politik baharu mereka selepas dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Turut bersama bekas Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak itu ialah lebih 20 bekas pemimpin cawangan PKR negeri yang mengumumkan peletakan jawatan sejak tiga minggu lalu.
Pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh bekas Menteri Kerja Raya itu dan Chee How dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh di ibu pejabat parti berkenaan di sini pada Sabtu.
Kemasukan kedua-dua wakil rakyat tersebut menjadikan PSB yang berada dalam blok pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, mempunyai enam wakil. Manakala di peringkat Dewan Rakyat, parti itu mempunyai dua ahli parlimen.
Dua lagi bekas pemimpin kanan PKR Sarawak iaitu Ali Biju (Adun Krian dan Ahli Parlimen Saratok) serta Willie Mongin (Ahli Parlimen Puncak Borneo) bagaimanapun memilih untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dalam sidang medianya, Soon Koh memaklumkan persetujuan menerima bekas pemimpin PKR itu adalah disebabkan mereka mempunyai visi yang sama dari sudut politik.
“Kami percaya kepada usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan masa depan Sarawak selain memastikan rakyatnya diberi peluang sama rata untuk memajukan diri," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Baru berkata, keputusan beliau dan rakan-rakannya menyertai PSB kerana percaya parti tersebut mampu menandingi Kerajaan GPS yang kini memerintah Sarawak.
“Pada masa yang sama, kami sedar, masa tidak memihak kepada kami untuk membentuk parti baharu, sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan.
“Malah idea untuk membuka parti baharu, akan melebarkan perpecahan dalam kalangan pembangkang," ujar Baru
Kerana itu katanya, mereka memutuskan untuk menyertai dan mengukuhkan PSB dan bersama-sama Soon Koh untuk mewujudkan Sarawak Baharu.
Sumber politik memberitahu, PSB berhasrat untuk bertanding di kesemua 82 kerusi DUN Sarawak, termasuk enam kawasan yang kini dimiliki oleh DAP.
Untuk rekod, PSB merupakan parti politik yang dijenamakan semula daripada nama asalnya, Parti Rakyat Bersatu (UPP).
Ia ditubuhkan pada 2014 sebagai serpihan daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Parti ini pada asalnya pro-Barisan Nasional dan GPS, sebelum mengambil keputusan menukar haluan pada tahun lalu, yang menyebabkan Soon Koh melepaskan jawatannya sebagai anggota Kabinet Negeri.
Rudi Affendi Khalik
Sat May 30 2020

Baru Bian dan See Chee How sah memilih Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai wadah politik baharu mereka selepas dipecat daripada PKR.

Syahrini terima penghargaan UNESCO di Cannes 2025
Syahrini menyampaikan mesej inspirasi kepada wanita seluruh dunia agar percaya pada impian, menghargai suara sendiri, dan terus bangkit.

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.
Saifuddin Nasution nafi wujud politik wang
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku politik wang dalam PKR.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Baru Bian, Chee How pilih Parti Sarawak Bersatu
Baru Bian dan See Chee How sah memilih Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai wadah politik baharu mereka selepas dipecat daripada PKR.