Skip to main content

Sukan

Sukan SEA: Biar adil untuk semua, 18 acara karate dipertandingkan

Ujar Nur Azmi, keputusan tersebut telah dicapai secara kolektif ketika mesyuarat jawatankuasa eksekutif yang diadakan di ibu negara hari ini. - StadiumAstro
Ujar Nur Azmi, keputusan tersebut telah dicapai secara kolektif ketika mesyuarat jawatankuasa eksekutif yang diadakan di ibu negara hari ini. - StadiumAstro
Advertisement

PRESIDEN Persekutuan Karate Asia Tenggara (MAKAF) , Datuk Nur Azmi Ahmad, mengesahkan sebanyak 18 acara bakal dipertandingkan dalam Sukan SEA Malaysia 2027 termasuk kategori baru iaitu kumite berpasukan campuran yang buat julung kalinya diperkenalkan dalam temasya dwitahunan berkenaan.

Ujar Nur Azmi, keputusan tersebut telah dicapai secara kolektif ketika mesyuarat jawatankuasa eksekutif yang diadakan di ibu negara hari ini dengan dihadiri setiap perwakilan negara anggota karate ASEAN.

MAKAF sebelum ini meletakkan sasaran awal sekurang-kurangnya menggenggam enam pingat emas Sukan SEA 2027.

Advertisement

"Semua negara ASEAN bersetuju dengan acara yang kami cadangkan termasuk kategori baharu yang telah diiktiraf oleh Persekutuan Karate Dunia (WKF).

"Semua juga negara bersetuju dengan 18 acara yang dirancang agar biar adil buat semua negara," katanya di Nadi Arena.

Advertisement

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah dalam edisi 2017, kem karate negara menghadiahkan tujuh pingat emas, dua perak dan empat gangsa daripada 16 acara dipertandingkan.

Must Watch Video

Advertisement