awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ketua UMNO Kuala Kangsar dakwa nombor telefon bimbit digodam

Bernama
Bernama
18/06/2016
08:09 MYT
Bekas Ketua UMNO Kuala Kangsar dakwa nombor telefon bimbit digodam
Ramly menyedari perkara itu selepas menerima balasan 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali, kira-kira 10.30 malam tadi.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar Datuk Ramly Zahari hari ini membuat laporan polis mendakwa nombor telefon bimbitnya digodam pihak tidak bertanggungjawab dan menyebarkan kenyataan berbaur fitnah.
Katanya beliau menyedari perkara itu selepas menerima balasan 30 khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali, kira-kira 10.30 malam tadi.
"Seorang lelaki menghubungi saya dan bertanyakan identiti saya selain mengatakan mengapa saya menghantar SMS seperti itu kepadanya.
"Dalam SMS itu, seolah-olah saya mengutuk dan menggelarkan mereka dengan pelbagai gelaran tidak elok jika mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar hari ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan itu pada kira-kira 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, di sini.
Ramly berkata beliau terpaksa menamatkan talian telefon bimbitnya itu dan meminta siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata sebanyak 29 laporan polis dibuat sepanjang kempen PRK Parlimen Kuala Kangsar yang bermula pada 5 Jun lepas sehingga semalam.
Beliau berkata daripada jumlah itu tujuh kertas siasatan telah dibuka termasuk yang terbaru membabitkan kekecohan antara penyokong BN dan PAS semalam.
Katanya kekecohan di Taman Bunga Raya itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Polis akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin sebelum diserahkan kepada pengarah perundangan negeri untuk tindakan lanjut," katanya.
Dalam kejadian petang semalam, seorang penyokong BN Faizul Fadli Yaakob, 31, dilaporkan cedera di kepala selepas didakwa dipukul dengan kayu oleh seorang penyokong PAS.
Topic Berkaitan
#laporan polis
#Ramly Zahari
#telefon bimbit digodam
#UMNO Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan