awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pegawai dakwa Mukhriz mahu jadi PM secara 'fast track'

Bernama
Bernama
15/08/2016
15:53 MYT
Bekas pegawai dakwa Mukhriz mahu jadi PM secara 'fast track'
Rancangan tersebut bermula ketika pemilihan UMNO pada 2013 yang menyaksikan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. - Gambar fail
Perjuangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri secara 'fast track', dakwa bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat.
Haris, yang juga bekas setiausaha kerja UMNO Kedah mendakwa perjuangan bekas menteri besar Kedah itu turut didokong bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberi laluan kepada anaknya.
Haris berkata rancangan tersebut bermula ketika pemilihan UMNO pada 2013 yang menyaksikan Mukhriz bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.
"Saya adalah antara anggota jentera kempen Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013.
"Ramai di antara kami berfikir elok bagi beliau bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi kerana kalah dalam pertandingan Ketua Pemuda pada 2009," katanya pada persidangan berita di Pokok Sena kira-kira 20 km dari sini, hari ini.
"Apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden, mereka salahkan Perdana Menteri (Najib)," tambahnya.
Justeru, Haris berkata beliau tidak akan mengikut Mukhriz menyertai Parti Bersatu dan kekal bersama UMNO. " Saya tidak mengikut Datuk Seri Mukhriz kerana perjuangan saya bersama UMNO.
Parti UMNO merupakan institusi bagi perjuangan politik Melayu," katanya.
Haris mendakwa beliau melihat Parti Bersatu hanya satu platform bagi perjuangan cita-cita politik Mukhriz untuk menjadi perdana menteri.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Haris Che Mat
#Mukhriz Mahathir
#Perdana Menteri
#umno 2013
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan