KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Mengakui bahawa baru-baru ini beliau dan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengadakan perjumpaan, namun ia adalah pertemuan tidak rasmi.
"Saya dah bagi tahu kepada mereka (PN) untuk buat tawaran (permohonan) secara hitam putih, selagi kita (kerajaan MADANI) belum terima surat rasmi bermakna tidak akan berlaku sebarang rundingan.
"Kalau kita ingat, sewaktu kerajaan Keluarga Malaysia ada Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dan ada rundingan. Jadi yang ini belum berlaku... macam orang meminang, macam mana nak bincang kalau orang tak menawarkan," katanya dengan nada berseloroh.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau yang turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.
Fadillah sebelum ini dilaporkan telah meminta Takiyuddin mengemukakan perincian cadangan secara bertulis, sebelum rundingan mengenainya dimulakan.
Selain itu, beliau juga tidak menetapkan had masa khusus untuk Ketua Whip Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengemukakan cadangan berhubung perkara berkenaan.
PN telah melantik tiga wakil yang terdiri daripada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin dan Takiyuddin untuk menyertai rundingan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023
Fadillah sebelum ini dilaporkan telah meminta Takiyuddin mengemukakan perincian cadangan secara bertulis, sebelum rundingan mengenainya dimulakan. - Gambar fail
Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.
Google umum penamatan aplikasi Podcasts
Google memaklumkan Google Podcasts tidak lagi boleh memainkan sebarang podsiar berkuat kuasa 23 Jun 2024.
Li Jane raih emas kejohanan boling siri jelajah PWBA
Pemain boling wanita negara Sin Li Jane meraih pingat emas di kejohanan boling Terbuka Journal Rockford di The Cherry Bowl di Illinois.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,kini berbaki 25 lagi klinik kesihatan daif di Sabah masih dalam proses baik pulih.
PUSPEN kedua Sabah dibina di Tawau
Sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) baharu bakal dibina atas tapak keluasan 12 hektar di Batu 36, Tawau, Sabah.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.
Tidak rela dikhianati lagi, Warisan ketengah calon setia dalam PRN17
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata budaya politik tidak sihat terhadap parti itu bukan hanya melibatkan perjanjian antara calon dan parti malah membabitkan sumpah calon atas nama Allah.
Tagal reda, bersyukur anak meninggal ketika berkhidmat untuk negara
Bapa mendiang Mutang Tagal, Tagal Padan reda seorang lagi anaknya meninggal dunia ketika berkhidmat untuk negara.
PMX, Presiden Azerbaijan bantu bawa pulang Mutang ke Malaysia
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi komunikasi beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung usaha membawa pulang Datul Mutang Tagal yang jatuh sakit di Azerbaijan.
Kemenangan PRK Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat parti dalam PH - Fadillah
Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu semalam merupakan bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu.
Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.
'Jawatan TPM dari Sabah, kita tunggu PRU16 nanti' - Ahmad Zahid
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang diberikan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof bukan sahaja mewakili Sarawak tetapi portfolio itu adalah untuk mengkordinasikan semua program di Sabah.
Kerajaan tumpu usaha selesai isu air tidak terhasil - Fadillah
Kerajaan sedang memberi tumpuan terhadap usaha menyelesaikan isu kadar air tidak terhasil (NRW) di seluruh negara yang menyebabkan kerugian lebih RM2 bilion setahun.
Kerajaan komited kurangkan jejak karbon negara melalui inisiatif Solar@PETRA - Fadillah
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar@PETRA hari ini.
Mahasiswa harus bina rangkaian di universiti untuk persediaan ke alam pekerjaan
Rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.