awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bendera Sang Saka Bangsa dinaikkan, bermulanya PAU 2023

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/06/2023
01:00 MYT
Bendera Sang Saka Bangsa dinaikkan, bermulanya PAU 2023
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) menaikkan bendera UMNO, Sang Saka Bangsa di Dataran Plaza Merdeka, Kuala Lumpur pada Jumaat. Beliau diiringi Timbalan Presiden, Mohamad Hasan (kiri). - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 dimulakan pada Jumaat dengan upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa di Dataran Plaza Merdeka, di sini pada jam 8.15 pagi tadi.
Bendera itu dinaikkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan kehadiran semua kepimpinan parti.
Turut bersama dalam acara itu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajid Dusuki.
Turut hadir dalam majlis itu ialah tiga Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Hadir sama barisan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti; Ketua Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad; Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh dan Ketua Puteri, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi.
PAU 2023 bermula 7 Jun lepas dengan perasmian perhimpunan wanita, pemuda dan puteri oleh Mohamad dan sesi perasmian tiga sayap oleh ketua masing-masing semalam.
Ahmad Zahid yang tiba di Dataran Plaza Merdeka kira-kira pukul 8 pagi kemudian bergambar bersama Ahli MKT selepas upacara menaikkan bendera.
Beliau kemudian bersama barisan exco tiga sayap dalam sesi bergambar sebelum ke Dewan Merdeka untuk menyempurnakan PAU 2023 bagi menyampaikan Ucapan Dasar Presiden.
PAU 2023 akan berakhir pada Sabtu sebaik selesai ucapan penangguhan Ahmad Zahid yang dijdualkan pada jam 3 petang.
Topic Berkaitan
#PAU 2023
#Perhimpunan Agung UMNO
#bendera Sang Saka
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan