Kuota calon wanita Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya boleh tercapai jika wanita diberi peluang seluas-luasnya untuk menyertai dan bertanding di pentas politik.
Ini maklum balas Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP, Young Syefura Othman apabila diminta mengulas berhubung kemungkinan PH gagal mencapai 30 peratus kuota untuk calon wanita.
"Kurang penglibatan wanita dalam barisan hadapan politik mungkin sebab utama kita (PH) tidak akan capai matlamat 30 peratus calon wanita.
"Namun, jika kita tidak beri peluang kepada wanita untuk menjadi calon, kita juga seakan-akan menutup ruang dan peluang untuk mengajak lebih ramai wanita untuk ke barisan hadapan politik negara.
"Apabila kita beri peluang kepada seorang wanita untuk bertanding, sekurang-kurangnya ia akan membuka mata dan cita-cita untuk dua lagi wanita untuk berada di barisan hadapan politik negara pada masa hadapan," katanya.
Tambah beliau, jika ini berlaku, sudah pasti lebih ramai wanita akan melibatkan diri dalam politik kerana mereka tahu memang ada ruang dan peluang untuk mereka dalam politik.
"Bagaimanapun, saya tidak boleh memberi ulasan lanjut kerana PH masih belum mengumumkan semua calonnya," katanya.
Young Syefura berkata demikian susulan kenyataan dari Ketua Wanita PH, Zuraida Kamaruddin bahawa gabungan parti tersebut masih tidak mempunyai senarai akhir bilangan calon wanita yang bakal bertanding dalam PRU14.
Ini kerana menurut beliau, senarai tersebut masih lagi belum dimuktamadkan
"Walaupun kami telah mencadangkan ramai calon wanita, kesal untuk saya kongsikan bahawa ada kemungkinan kuota 30 peratus calon wanita mungkin tidak dapat dicapai," kata Zuraida seperti yang dipetik daripada laporan media.
Apabila ditanya mengapa sasaran kuota mungkin tidak dapat dicapai, Zuraida menjawab ini kerana kekurangan penglibatan wanita dalam politik secara amnya.
"Kita dalam proses melatih lebih ramai wanita untuk menjadi pemimpin yang efektif dan usaha tersebut sedang dijalankan secara berterusan," katanya.
Hafiz Marzukhi
Fri Apr 20 2018
YOUNG SYEFURA: Kurang penglibatan wanita dalam barisan hadapan politik mungkin sebab utama Pakatan Harapan tak akan capai matlamat 30 peratus calon wanita. - Facebook/Syefura Othman
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
"Dulu saya sangka kalau wanita mahu sertai politik, kena kahwin ahli politik..."
Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin menegaskan wanita harus percaya dan yakin kepada diri untuk menjadi ejen perubahan dalam politik.
Beri peluang dulu, baru lebih ramai wanita akan sertai politik - Rara Othman
Kurang penglibatan wanita dalam barisan hadapan politik mungkin sebab utama Pakatan Harapan tidak akan capai matlamat 30 peratus calon wanita.