POLITICS
Beri sedikit masa penyokong Rafizi bertenang - Aminuddin

Aminuddin bersyukur dapat mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan menganggapnya sebagai amanah besar menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. - Gambar fail
SEREMBAN: Beri sedikit masa kepada penyokong Datuk Seri Rafizi Ramli untuk bertenang selepas pemimpin itu tewas jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Penyokong Rafizi Ramli diminta bertenang selepas kekalahan beliau dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR, dan diyakini akan terus setia bersama parti.
- Perbezaan pendapat dalam parti dianggap normal dalam sistem demokrasi, dan isu kekalahan Rafizi perlu ditangani secara matang dan terbuka.
- Aminuddin Harun bersyukur mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan menganggapnya sebagai amanah besar menjelang Pilihan Raya Umum.
“Mereka tidak akan keluar meninggalkan parti cuma memerlukan masa untuk menilai semula keadaan dan strategi seterusnya di peringkat cabang dan ranting," katanya selepas merasmikan penutupan kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan pada Ahad.
Beliau berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa dalam politik terutama dalam parti yang mengamalkan demokrasi seperti PKR.
"Walaupun pemilihan telah berakhir dua hari lalu namun isu Rafizi tewas masih terus diperdebatkan dan dibincangkan di media sosial. Ia perlu kita tangani secara matang dan terbuka.
"Segala kelemahan perlu diperbaiki dengan mengambil kira semua pandangan disuarakan untuk memastikan PKR terus menjadi sebuah parti yang betul-betul membawa aspirasi rakyat," katanya.
Pada masa sama, beliau tidak menyangka berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan berterima kasih kepada pengundi yang memberikan sokongan.
Beliau mengganggap, jawatan itu merupakan amanah besar yang perlu digalas menjelang Pilihan Raya Umum (PRU). - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami