Skip to main content

Malaysia

Talian East-West Link berjaya disambung semula ke Pantai Timur Sabah

Mohd Yaakob sewaktu ditemui pemberita di tapak pembinaan menara sementara Sistem Pemulihan Kecemasan (ERS) fasa pertama hari ini.  - Gambar Bernama
Mohd Yaakob sewaktu ditemui pemberita di tapak pembinaan menara sementara Sistem Pemulihan Kecemasan (ERS) fasa pertama hari ini. - Gambar Bernama
Advertisement

KOTA KINABALU: Talian East-West Link dari Kolopis di Pantai Barat ke Segaliud di Pantai Timur berjaya disambung semula malam ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Datuk Mohd Yaakob Jaafar.

Beliau berkata selepas menara Sistem Pemulihan Kecemasan (ERS) disiapkan dan dipastikan boleh memulakan tugas petang tadi, pihaknya melakukan pemeriksaan serta ujian dan mendapati talian East-West Link itu sudah boleh memulakan proses switching atau sambungan arus elektrik.

Sehubungan dengan itu, katanya, ujian switching telah dilakukan antara terminal Kolupis dan Segaliud, namun ia memerlukan masa untuk beroperasi penuh bagi talian transmisi berkapasiti 275 kilovolt itu.

Advertisement

"Kita berjaya memula tugas semula talian ini, talian ini sudah berjaya membawa elektrik. Kita kini sedang dalam proses memulihkan bekalan elektrik di Pantai Timur," katanya menerusi perkongsian video di sini hari ini.

Katanya seramai 150 petugas telah bertungkus lumus di Ranau membina menara ERS dan memastikan  talian itu dipulihkan dan sepanjang 86 jam berkerja, tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Advertisement

“Proses pemulihan bekalan elektrik secara berperingkat itu menunjukkan perkembangan memberangsangkan walaupun mengambil sedikit masa untuk stabil sepenuhnya,” katanya.

Khamis lepas, menara penghantaran elektrik T313 yang terletak di tebing Sungai Liwagu, Kampung Sagindai Lama, Jalan Ranau-Telupid, tumbang akibat hakisan tebing sungai berikutan hujan berterusan dan arus deras.

Kejadian itu menjejaskan 153,599 pengguna berdaftar, dengan Sabah Electricity menyasarkan bekalan elektrik dipulihkan pada 2 Dis ini atau lebih awal.

Sementara itu, Sabah Electricity dalam perkongsian di laman Facebooknya malam ini memberitahu penyaluran bekalan elektrik ke Pantai Timur Sabah melalui East-West Link itu telah dapat dipulihkan sepenuhnya pada 9.02 malam ini.

“Penyaluran penuh bekalan elektrik telah dapat dilaksanakan. Terima kasih kepada semua pengguna di Pantai Timur sepanjang tempoh gangguan elektrik ini,” katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement