awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu mahu pinda perlembagaan parti tanpa kaitan isu anti lompat parti

Bernama
Bernama
21/11/2023
11:58 MYT
Bersatu mahu pinda perlembagaan parti tanpa kaitan isu anti lompat parti
Radzi berkata usul itu juga adalah selaras dengan tumpuan atau tema persidangan tahunan kali keenam, iaitu tekad memperjuang semangat parti demi kesejahteraan rakyat serta negara. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Usul meminda perlembagaan bagi menambah baik urusan pentabiran parti akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, dari Khamis hingga Sabtu ini.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin merangkap Pengerusi Jawatankuasa PAT Bersatu 2023 berkata usul itu juga adalah selaras dengan tumpuan atau tema persidangan tahunan kali keenam, iaitu tekad memperjuang semangat parti demi kesejahteraan rakyat serta negara.
"Pindaan Perlembagaan ini adalah perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan juga operasi Bersatu. Lebih kepada perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran yang kita mendapat maklum balas daripada akar umbi.
"Ada penambahbaikan dari sudut pentadbiran perlu kita laksanakan. Perkara yang sudah lama kita bincang dan akan dibawa untuk diluluskan dalam perhimpunan agung ini," katanya pada sidang media berhubung PAT Bersatu 2023 di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN), di sini hari ini.
Radzi juga berkata bahawa usul pindaan perlembagaan parti itu hanya berhubung perkara asas pentadbiran Bersatu dalam memperkukuhkan parti itu dan tiada kaitan dengan isu anti lompat parti.
Selain itu, beliau berkata usul lain yang juga akan dibentangkan pada persidangan kali ini adalah berkaitan keadaan di Palestin.
Katanya, seramai seramai 2,054 perwakilan seluruh negara akan menyertai perhimpunan itu.
Menurutnya, seramai 760 perwakilan bagi sayap Srikandi Bersatu dan manakala seramai 859 perwakilan sayap Armada akan menyertai konvensyen masing-masing pada Khamis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sayap Armada
#isu anti lompat parti
#kesejahteraan rakyat
#IDCC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan