awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu perlu selesai isu kepimpinan peringkat nasional - Amanah Kedah

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
05/03/2020
12:55 MYT
Bersatu perlu selesai isu kepimpinan peringkat nasional - Amanah Kedah
Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menegaskan, semua negeri perlu membuat pilihan sama dan bukan berbeza pendapat. - Astro AWANI
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat lemah apabila isu kepimpinan nasional berbeza dengan yang diputuskan di peringkat negeri.
Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi menegaskan, semua negeri perlu membuat pilihan sama dan bukan berbeza pendapat.
"Saya fikir Bersatu hendaklah menyelesaikan kepimpinan mereka di peringkat nasional. Ini dilihat terdapat satu kelemahan dalam menguruskan keputusan
"Sepatutnya semua negeri-negeri adalah mengikut satu keputusan yang dibuat oleh kepimpinan, tetapi apa yang dapat kita lihat bahawa di peringkat Pusat sendiri Bersatu telahpun mula berbeza pendapat
"Dengan sebab itu, masing-masing negeri membuat pendapat masing-masing. Itu yang menyebabkan berlaku berbezaan antara satu negeri dengan satu negeri yang lain," katanya ketika ditemui di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberitahu, situasi di Kedah berbeza dengan Bersatu negeri itu yang memilih untuk kekal dengan PH.
Sementara, Bersatu di peringkat nasional pula mengumumkan keluar daripada PH dan menjadi sebahagian daripada gabungan yang membentuk Perikatan Nasional.
Dalam pada itu kata Phahrolrazi, Amanah di Kedah berpegang kepada mandat rakyat yang perlu dipertahankan dalam satu tempoh pemerintahan selepas pilihanraya.
Tegasnya, rakyat juga tidak mahu melihat janji yang diberi kepada kerajaan semasa mengundi dahulu tidak ditunaikan, dikhianati dan tidak ada perubahan.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Amanah Kedah
#Bersatu
#Kedah
#Menteri Besar Kedah
#Mukhriz Mahathir
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Perikatan Nasional
#Phahrolrazi Mohd Zawawi
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan