awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Sabah sedia tandingi 45 kerusi DUN

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
01/08/2020
07:10 MYT
Bersatu Sabah sedia tandingi 45 kerusi DUN
Hajiji berkata, Bersatu Sabah akan melancarkan manifesto pilihan raya sebelum tarikh penamaan calon. - Foto Bersatu Sabah
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sabah bersedia untuk berentap di 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Ketua Badan Pimpinan Negeri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan medianya sebentar tadi berkata, pihaknya telah mengenal pasti kesemua kawasan DUN berkenaan.
"Kita sudah bersiap sedia dan telah mengenal pasti 45 kawasan DUN yang akan ditandingi oleh calon-calon Bersatu
"Kita akan mengemukakan calon-calon berwibawa, mempunyai kredibiliti, kemampuan dan "winnable" bagi memenangi kerusi yang akan ditandingi", katanya.
Walau bagaimanapun katanya, Bersatu Sabah bersedia berbincang dengan parti-parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN), UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Sabah, demi mengumpul kekuatan untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang.
Hajiji berkata, Bersatu Sabah juga akan menawarkan manifesto dan hala tuju terbaik untuk rakyat Sabah, yang antara lain memfokus kepada membangun semula ekonomi negeri setelah krisis dan pandemik COVID-19.
Menurutnya, aspek lain yang akan menjadi keutamaan perjuangan Bersatu Sabah ialah terus memastikan hak-hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah terus dipertahankan.
Katanya, aspek keselamatan, pendidikan, sosial ekonomi, kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah, selain perpaduan kaum juga merupakan keutamaan perjungan parti itu.
"Kita akan pastikan rakyat Sabah yang menetap di negeri ini berasa selamat, tenteram, selesa, muhibbah dan sejahtera.
"Kita yakin, Bersatu akan menjadi alternatif terbaik dan diterima oleh sebilangan besar rakyat untuk menerajui negeri Sabah", tegasnya.
Hajiji berkata, Bersatu Sabah akan melancarkan Manifesto pilihan raya sebelum tarikh penamaan calon.
"Menerusi manifesto yang akan dilancarkan, kita akan menawarkan yang terbaik untuk rakyat dan negeri Sabah jika diberi peluang membentuk Kerajaan Negeri", tambahnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#COVID19
#ekonomi
#kerajaan
#koronavirus
#Manifesto
#pandemik
#pilihan raya
#Pilihan Raya Sabah
#PPBM
#PRN Sabah
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan