awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu tidak berhasrat sertai semula Pakatan Harapan

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2020
10:49 MYT
Bersatu tidak berhasrat sertai semula Pakatan Harapan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak berhasrat untuk menyertai semula Pakatan Harapan dan tidak pernah membincangkan perkara berkenaan.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak berhasrat untuk menyertai semula Pakatan Harapan dan tidak pernah membincangkan perkara berkenaan.
Ketua Penerangannya, Dr Radzi Jidin menegaskan, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada 23 Februari 2020 telah memutuskan untuk keluar Pakatan Harapan dan tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan kerjasama dengan gabungan tersebut.
"BERSATU ingin menegaskan bahawa kenyataan Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir yang menyeru ahli-ahli BERSATU supaya bekerjasama semula dengan Pakatan Harapan adalah pendirian peribadi beliau dan tidak melambangkan pendirian rasmi parti. Sebarang usaha untuk membawa BERSATU bekerjasama dengan Pakatan Harapan adalah bercanggah dengan keputusan rasmi parti.
"BERSATU juga ingin menegaskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai kuasa untuk menandatangani Kenyataan Bersama Pakatan Harapan, BERSATU dan Parti Warisan Sabah bertarikh 4 Mei 2020 dan ia adalah satu tindakan yang bercanggah dengan pendirian parti," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA: Armada tolak kerjasama dengan UMNO, mahu kembali kepada PH
Justeru, beliau mengingatkan mana-mana ahli yang ingkar termasuk dengan sengaja menyertai gabungan parti-parti lain yang bercanggah dengan pendirian parti, menyebabkan keahliannya gugur serta-merta berdasarkan Fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU.
"Adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli parti untuk sentiasa mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti serta melaksanakan dasar-dasar parti," ujarnya.
Pada masa sama, katanya setiap ahli perlu sentiasa mematuhi pendirian rasmi parti yang telah dibuat secara kolektif mengikut kaedah dan saluran yang selaras dengan perlembagaan parti.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Pakatan Harapan
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan