awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Biar UMNO jadi pembangkang, kita rampas kembali kerajaan pada PRU16' - Akmal Saleh

Seth Akmal
Seth Akmal
03/01/2026
09:52 MYT
'Biar UMNO jadi pembangkang, kita rampas kembali kerajaan pada PRU16' - Akmal Saleh
Akmal (tengah) pada Konvensyen Khas 'Hala Tuju UMNO: Kekal Atau Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan' di sini hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menegaskan tidak berhasrat melakukan rampasan kuasa dalam Kerajaan Perpaduan sebaliknya menggesa parti itu keluar dan menjadi pembangkang berwibawa.
Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menegaskan beliau menolak tindakan rampasan kuasa, sebaliknya menegaskan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap kekal walaupun UMNO keluar daripada kerajaan.
“Hari ini keadaan sudah jauh berbeza. UMNO ada 26 kerusi (Parlimen), kerajaan ada 152-153 kerusi. Kalau UMNO tak ada pun Kerajaan (Perpaduan) masih (ada) lagi. Kamu pimpin, tadbir... biar UMNO menjadi pembangkang.
“Kita bukan nak rampas kuasa melalui pintu belakang, biarlah kamu pimpin negara ini, jadi kita (UMNO) kuatkan parti untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Kita akan rampas kembali kerajaan ini,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Khas 'Hala Tuju UMNO: Kekal Atau Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan' di sini hari ini.
Kerajaan Perpaduan terdiri daripada tujuh parti utama, iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).
Secara keseluruhan, sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan merangkumi kira-kira 148 hingga 150 Ahli Parlimen, tidak termasuk Ahli Parlimen pembangkang yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gesaan Dr Akmal itu dibuat susulan dakwaan wujud kritikan membabitkan pemimpin parti dalam Kerajaan Perpaduan yang tidak menjaga sensitiviti terutama melibatkan isu agama, bangsa dan institusi raja-raja.
“Adakah kita UMNO perlu duduk dalam sebuah kerajaan yang gagal nak menghormati maruah orang Melayu-Islam,” soal Akmal.
Beliau turut menegaskan cadangan tersebut akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 14 Januari depan.
Pada masa sama, Dr Akmal turut mengulangi gesaan agar wujud sebuah permuafakatan antara UMNO dan Pas sebagai langkah menyatukan orang Melayu.
“Saya menyeru penyatuan orang-orang Melayu mestilah dimulakan oleh dua parti terbesar orang Melayu sebab kalau parti kecil campur besar tak jadi, orang Melayu akan tetap berpecah, UMNO dan Pas mesti menjadi pelopor penyatuan Melayu,” katanya lagi.
Minggu lalu, Dr Akmal dan pemimpin Pas saling bertukar kenyataan di media sosial mengenai pembentukan Muafakat Nasional 2.0 namun tidak ada sebarang pertemuan secara rasmi dilakukan oleh kedua-dua pihak setakat ini.
Topic Berkaitan
#Pemuda UMNO
#Kerajaan Madani
#UMNO keluar Kerajaan Perpaduan
#Akmal Saleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan