awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN dijangka adakan mesyuarat parti komponen esok

Bernama
Bernama
20/10/2017
04:34 MYT
BN dijangka adakan mesyuarat parti komponen esok
Ibu pejabat BN menjemput 10 wakil daripada satu parti komponen BN untuk menghadiri taklimat di Kuala Lumpur esok. Berkenaan dengan apa saya tidak pasti. -Gambar fail
Barisan Nasional (BN) dijangka mengadakan mesyuarat parti komponen di ibu negara esok.
Perkara itu dimaklumkan oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Douglas Uggah Embas.
"Ibu pejabat BN menjemput 10 wakil daripada satu parti komponen BN untuk menghadiri taklimat di Kuala Lumpur esok. Berkenaan dengan apa saya tidak pasti," katanya ringkas kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Mandarin minggu lepas yang menyatakan semua parti komponen BN dijangka dipanggil untuk bermesyuarat dalam masa terdekat.
Terdahulu Uggah menyempurnakan pelepasan Kembara Batang Lupar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2017.
Sementara itu mengulas mengenai senarai calon PBB yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 nanti, Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, berkata senarai akhir masih belum diputuskan.
"... masih ada perbincangan antara Presiden PBB (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) bersama Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak). Apa yang pasti saya tidak akan bertanding," katanya.
Untuk rekod, Uggah adalah Anggota Parlimen Betong selama tujuh penggal. Beliau kini merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Saban selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Anggota Parlimen Betong
#Barisan Nasional
#BN
#Douglas Uggah Embas
#Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan