awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN genap 51 tahun, sentiasa junjung prinsip demokrasi - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
01/06/2025
02:20 MYT
BN genap 51 tahun, sentiasa junjung prinsip demokrasi - Ahmad Zahid
Sempena ulang tahun ke-51 BN, Ahmad Zahid merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli, jentera parti, pimpinan di semua peringkat, serta penyokong setia parti itu.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sentiasa menjunjung tinggi prinsip-prinsip demokrasi yang berakar kuat, membela pembangunan inklusif dan menyemai benih perpaduan nasional yang kian subur daripada generasi ke generasi.
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata untuk lebih separuh abad lama, parti itu telah menjadi gagasan jiwa yang merangkul kepelbagaian, merentas garis perbezaan dan menyatukan rakyat di bawah panji cita-cita besar demi Malaysia yang damai, makmur serta berdaya tahan.
"Alhamdulillah, hari ini genaplah 51 tahun usia Barisan Nasional yang merupakan sebuah wadah politik yang telah menempuh gelombang sejarah dan terus utuh sebagai tiang seri perjuangan membina negara bangsa Malaysia.
"Dalam badai perubahan zaman, ketika dunia berubah arah dan angin politik bertukar haluan, Barisan Nasional tetap berdiri teguh dan tidak goyah," katanya dalam catatan di Facebook.
Sempena ulang tahun ke-51 BN, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli, jentera parti, pimpinan di semua peringkat, serta penyokong setia yang tidak pernah berpaling sama ada ketika waktu susah atau senang, ketika menang mahupun diuji.
"Kesetiaan kalian adalah nadi kekuatan kita. Semangat kalian adalah nyawa kepada perjuangan ini.
"Semoga ulang tahun ke-51 ini menjadi muhasabah yang menyegarkan, menjadi ilham untuk kita terus mara, melangkah penuh yakin dalam menyulam sejarah baharu yang lebih bermakna. Moga perjuangan ini terus diberkati dan dipandu oleh petunjuk Ilahi. Hidup Barisan Nasional!," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Ahmad Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami