awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
30/06/2024
08:30 MYT
BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan BN pada pilihan raya lalu tidak menghalang parti itu untuk terus kekal menggunakan lambang terbabit. - Gambar fail
MARAN: Barisan Nasional (BN) akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) biarpun mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).

Ringkasan AI
  • Barisan Nasional (BN) akan tetap menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) walaupun bekerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH). PH akan menggunakan lambang mereka sendiri, dan BN akan menggunakan lambang BN.
  • BN dan PH akan memastikan tidak bertanding di kawasan yang sama, mengelakkan pertembungan antara kedua-dua parti dalam PRU16. BN hanya akan bertanding di kawasan yang tidak ditandingi oleh PH dan sebaliknya.
  • BN hanya mempunyai empat parti komponen utama, iaitu UMNO, MIC, MCA, dan Parti Bersatu Rakyat Sabah. Parti Progresif Penduduk (MyPPP) adalah sebahagian daripada 'Friends of BN' dan bukan komponen rasmi. Keputusan untuk menerima mana-mana parti baru dalam BN memerlukan konsensus 100 peratus.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kegagalan BN pada pilihan raya lalu tidak menghalang parti itu untuk terus kekal menggunakan lambang terbabit.
"PH bertanding dengan lambang mereka (PH), kita (pula bertanding dengan lambang kita, tapi dari segi kerjasama kita (tetap) jalinkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Maran di Dewan UMNO Bahagian Maran, Pekan Tajau di sini pada Ahad.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Shahaniza Shamsuddin.
Ahmad Zahid turut menjelaskan BN tidak akan bertanding di kawasan yang ditandingi parti PH.
"Asalkan kawasan kita (BN) bertanding itu tidak ditandingi oleh mereka (PH) dan kita tidak akan bertanding di kawasan mereka (PH) bertanding," jelas beliau.
Menjawab mengena status terkini, Parti Progresif Penduduk (myPPP), Ahmad Zahid berkata, terdapat 11 parti gabungan itu termasuk MyPPP sebagai 'friends of BN'.
Ujasnya, BN hanya mempunyai empat parti komponen terdiri UMNO, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah.
"Kita samakan semua... mereka (MyPPP) sebahagian daripada Friends of BN, bukan (parti) komponen.
"Dalam Perlembagaan BN memaktubkan bahawa keputusan untuk menerima mana-mana parti mesti 'konsensus' 100 peratus... jika ada parti tidak bersetuju, maka kita tidak akan menerima," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO
#PRU16
#Zahid Hamidi
#logo BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan