awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN lancar 14 aku janji 'Demi Permatang Pauh', sasar bidang pendidikan

Astro Awani
Astro Awani
02/05/2018
21:22 MYT
BN lancar 14 aku janji 'Demi Permatang Pauh', sasar bidang pendidikan
Jentera BN Permatang Pauh melihat manifesto BN Parlimen itu yang dibentangkan Mohd Zaidi malam tadi. --fotoBERNAMA
Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh melancarkan manifesto yang menggariskan 14 aku janji sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan berlangsung pada 9 Mei ini.
Manifesto yang bertemakan 'Demi Permatang Pauh' itu akan dilaksanakan sekiranya BN berjaya mencapai kemenangan di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang disifatkan calon BN Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sebagai 'kerusi panas'.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh berkata, manifesto itu memberi fokus kepada beberapa terutama dari aspek pendidikan dan pembangunan insan.
Bekas guru itu berkata, menjadi hasrat BN kawasan itu menjenamakan semula bumi Permatang Pauh agar menjadi lebih baik di masa depan.
Antara aku janji itu termasuk bagi memastikan sekolah agama asrama penuh dibina di Permatang Pauh, membina kelas digital (Abad 21) di semua bilik darjah di sekolah di Parlimen berkenaan dan memodenkan 28 buah sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seluruh Permatang Pauh dengan kemudahan Abad 21.
Selain itu, pembinaan rumah mampu milik di kawasan Penanti juga akan menjadi fokus dalam aku janji tersebut. Katanya, aku janji yang dibuatnya itu bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak sebaliknya ia adalah janji yang mampu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Pelancaran dibuat Mohd Zaidi di hadapan lebih kira-kira 1,000 penyokong BN di Wisma Transformasi Umno Permatang Pauh malam tadi.
Hadir sama, Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya, Suhaimi Sabudin (Penanti) dan Anuar Faisal Yahaya (Permatang Pasir.)
Pada PRU14 ini, Mohd Zaidi akan berdepan Nurul Izzah Anwar dari PKR dan Afnan Hamimi Taib Azamudeen (Pas).
DUN Penanti turut akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Suhaimi, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (Pas) dan Dr Norlela Ariffin (PKR).
Begitu juga DUN Permatang Pasir antara Anuar Faisal, Muhammad Fauzi Yusoff (Pas) dan Faiz Fadzil (PKR).
Topic Berkaitan
#Aku Janji
#Barisan Nasional
#calon
#MalaysiaMemilih
#Manifesto
#Mohd Zaidi Mohd Said
#Permatang Pauh
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan