Barisan Nasional (BN) masih berteka-teki mengenai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagaimanapun berkata calon parti itu adalah anak tempatan.
"InsyaAllah, anak tempatan. Tetapi Datuk Hasni (Pengerusi BN Johor Datuk Ir Hasni Mohammad) mengarahkan saya jangan umum calon hari ini," Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata demikian berucap pada majlis pelancaran jentera BN PRK Parlimen Tanjung Piai di sini, pada Isnin.
Beliau secara berseloroh turut berkata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut 'meminta' beliau tidak mengumumkan nama calon BN pada hari ini.
"Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong juga tidak mengalah, bisik pada saya... jangan umum dulu," katanya.
Ahmad Zahid, sehubungan itu, memaklumkan beliau menyerahkan tugas bagi mengumumkan calon BN berkenaan kepada Hasni, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor pada waktu yang difikirkan sesuai.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Allahyarham, yang juga Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai, memperoleh 21,255 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi, pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Penamaan calon bagi PRK Tanjung Piai ditetapkan pada 2 Nov ini di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian manakala hari mengundi pada 16 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019
Zahid Hamidi bagaimanapun berkata calon parti itu adalah anak tempatan. - Astro AWANI / Shahir Omar
32 penerbangan di Lapangan Terbang Tawau dibatalkan
Susulan letusan gunung berapi di Gunung Ruang Sulawesi di utara Indonesia...
Sebanyak 32 penerbangan melibatkan 16 penerbangan ke Tawau dan 16 penerbangan dari Tawau dibatalkan pada Khamis.
Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Rehan Shafiq Azizan ketika dihubungi berkata, pembatalan itu menyebabkan 4,829 penumpang di lapangan terbang itu terjejas.
Sebanyak 32 penerbangan melibatkan 16 penerbangan ke Tawau dan 16 penerbangan dari Tawau dibatalkan pada Khamis.
Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Rehan Shafiq Azizan ketika dihubungi berkata, pembatalan itu menyebabkan 4,829 penumpang di lapangan terbang itu terjejas.
[TERKINI] Jasad mendiang Joseph Kurup tiba di Kota Kinabalu
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup dilaporkan akan diterbangkan pada malam ini dan dijangka tiba di pusat perkhidmatan pengebumian Wisma Fook Lu Siew, Kota Kinabalu pada jam 10.15 malam.
Menurut maklumat yang diterima daripada keluarga mendiang, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan pada 19 April, esok bermula jam 2 petang sehingga jam 8 malam di pusat perkhidmatan pengebumian Wisma Fook Lu Siew.
Menurut maklumat yang diterima daripada keluarga mendiang, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan pada 19 April, esok bermula jam 2 petang sehingga jam 8 malam di pusat perkhidmatan pengebumian Wisma Fook Lu Siew.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lelaki bawa kereta di jambatan motosikal ditahan bersama dadah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata pihaknya menerima maklumat kejadian melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu sekitar jam 8.45 pagi.
Tiga lelaki disyaki terbabit kes pemerasan, larikan perunding hutang ditahan
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes pemerasan dan melarikan seorang perunding hutang pada Selasa lepas.
Tumpuan Jumaat - 19 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MATRADE sasar perkenal MIHAS ke pasaran sedang pesat membangun
MATRADE sedang merangka pelan pengembangan peluang perniagaannya untuk memperkenalkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke pasaran sedang pesat membangun.
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.