awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar

Bernama
Bernama
18/11/2023
15:29 MYT
BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin. - Gambar fail/Sinar Harian
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu juga berkata pihaknya telah melakukan persediaan di setiap peringkat terutama yang melibatkan koordinasi dan kerjasama dengan parti komponen iaitu UMNO, MIC, MCA serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
"Sekiranya terdapat sebarang kemungkinan dalam waktu terdekat, pada pertengahan atau akhir tahun ini PRN diadakan, jentera UMNO dan BN sentiasa bersiap siaga. Isu pembangunan, kebajikan dan kos sara hidup rakyat akan terus diperjuang," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang tidak menolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan meskipun pentadbiran kerajaan negeri ketika ini tamat pada Oktober 2025 ketika menjawab soalan wartawan pada Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah Isnin lepas.
Bung Moktar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag, juga berkata BN Sabah akan menjalin kerjasama dengan parti yang menghormati perjanjian bersama.
"Kita juga akan melihat rakan-rakan yang ada kesetiaan dan keikhlasan dalam melaksana tanggungjawab sebagai gandingan untuk memperjuang untung nasib rakyat Sabah.
"Kita tidak mahu lagi krisis dalaman yang mengganggu usaha membangunkan Sabah," katanya sambil menambah beliau tidak menolak kerjasama dengan Parti Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat pada PRN Sabah namun menyifatkan perkara itu masih terlalu awal untuk diperkatakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BN Sabah
#pilihan raya negeri
#PRN lebih awal
#Bung Moktar Radin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan