awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN sedang kenal pasti calon PRK Pengkalan Kubor - Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/08/2014
14:47 MYT
BN sedang kenal pasti calon PRK Pengkalan Kubor - Najib
Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Menara Datuk Onn pada Jumaat - Foto Bernama
Barisan Nasional (BN) sedang mengenal pasti calon yang paling sesuai untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Pengkalan Kubor 25 September ini.
Pengerusinya Datuk Seri Najib Razak berkata calon yang berpotensi harus menjadi pemimpin yang baik dan berkesan.
Pada masa sama, Najib yang juga Presiden UMNO menambah parti itu turut menjalankan kajian di kalangan pengundi bagi mengenali kriteria calon yang digemari akar umbi.
Najib berkata persiapan bagi menghadapi PRK itu sedang dilakukan sebelum menggerakkan jenteranya.
“Mengambil kira bahawa Allahyarham Datuk Noor Zahidi merupakan seorang tokoh yang sangat popular dan telah mendapat sokongan peribadi yang agak banyak di kawasan tersebut.
“Maka calon baru kita ini mestilah merupakan seorang yang boleh mengikut jejak langkah yang telah dirintis oleh Allahyarham,” kata Najib.
Najib berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara pada Jumaat.
Mengenai permintaan Pemuda UMNO supaya meletakkan calon daripada pergerakan itu, Najib berkata beliau terbuka untuk mendengar semua cadangan.
Namun katanya, beliau memerlukan sedikit masa untuk menilai dan meninjau potensi setiap calon yang dicadangkan.
Topic Berkaitan
#DUN
#Najib Razak
#Noor Zahidi Omar
#Pengkalan Kubor
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan