BN serah senarai calon menteri, timbalan menteri untuk Kabinet baharu Sabah - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata kerajaan negeri telah meminta parti-parti pendukung mengemukakan calon masing-masing untuk pertimbangan pelantikan. - Gambar fail/Bernama
BAGAN DATUK: Barisan Nasional (BN) telah menyerahkan senarai calon untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.
Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) menyerahkan senarai calon untuk jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Baharu Negeri Sabah.
- Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tindakan tersebut dan menegaskan keutamaan adalah kestabilan politik Sabah untuk pembangunan negeri.
- BN bersedia bekerjasama dengan parti sehaluan bagi membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
"Malah, saya sendiri telah menghubungi Ketua Menteri baharu Datuk Seri Hajiji Noor, serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menstabilkan politik di Sabah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat ringkas mengenai bencana banjir di Bagan Datuk hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas prestasi BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dua hari lepas.
Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan keutamaan kini adalah memastikan kestabilan politik Sabah supaya pembangunan negeri dapat diteruskan, termasuk rancangan berkaitan bekalan elektrik, air dan infrastruktur jalan raya.
"Yang penting, kesejahteraan rakyat serta aspirasi Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya.
Selepas PRN Sabah ke-17, Ahmad Zahid memaklumkan bahawa BN bersedia bekerjasama dengan parti-parti sehaluan untuk membentuk kerajaan baharu, demi memastikan kestabilan politik negeri.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


