awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN terbukti prihatin, pastikan pembangunan di Sabah - Musa

Bernama
Bernama
18/10/2016
15:20 MYT
BN terbukti prihatin, pastikan pembangunan di Sabah - Musa
MUSA: Kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan miskin.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti sentiasa prihatin dan memastikan pembangunan sampai kepada rakyat sehingga di kawasan pedalaman Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan miskin.
"Kita sebagai pemimpin, sebagai menteri, sebagai pegawai kerajaan sanggup datang bersama-sama untuk mendengar taklimat pembangunan setiap daerah di seluruh Sabah dan mengetahui masalah dihadapi.
"Kalau boleh, kita akan terus selesaikan masalah itu atau kita akan pastikan kawasan itu kita tolong dan bantu supaya pembangunan tidak tersekat," katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatan kerjanya di pedalaman bawah Sabah, di sini hari ini.
Musa juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan agenda politik pembangkang jika tidak mahu terlepas daripada menikmati kehidupan yang selesa yang dikecapi selama ini di bawah pentadbiran BN.
Menurutnya, kerajaan sukar untuk menangani masalah yang dihadapi di kawasan yang diwakili pembangkang kerana keengganan wakil rakyat pembangkang untuk meminta bantuan daripada kerajaan yang ditadbir BN.
"Pembangkang tidak pernah berjumpa dengan saya (untuk meminta bantuan). Saya tidak tahu kalau mereka ini tidak mahu jumpa saya atau segan.
"Jadi adalah rugi kawasan diwakili pembangkang kerana wakil rakyatnya tidak pandai meminta," jelasnya.
Musa memulakan lawatannya di Pagalungan di pedalaman bawah Sabah dan menyampaikan 339 geran komunal kepada penduduk di kawasan itu melibatkan kira-kira 3,480 hektar tanah.
Beliau mengakhiri lawatannya di Sepulut dekat sini bagi menyerahkan kunci rumah yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah kepada 33 ketua isi rumah termiskin di Mini Estet Sejahtera Kampung Labang yang mengusahakan penanaman sawit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Musa Aman
#pembangunan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan