awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buang tanda nama 'PN' pada bekas MP, Speaker minta hantar surat

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
17/07/2024
05:12 MYT
Buang tanda nama 'PN' pada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin (gambar). - Foto tangkap layar YouTube Parlimen
KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Perikatan Nasional (PN) menulis surat kepadanya bagi menarik tulisan di paparan skrin Dewan Rakyat mengenai status Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang masih tertera wakil gabungan itu,
Ia selepas Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) membangkitkan persoalan mengenai paparan di skrin Dewan Rakyat bahawa Syed Abu Hussin bukan lagi wakil rakyat yang mewakili PN.
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin, kecuali mengenai keanggotaannya sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Ada bukti hitam putih yang PN telah tulis kepada saya untuk tarik (tulisan Ahli Parlimen PN itu) keluar? Kena tulis. Saya tak tahu.
"Bersatu ada, tapi PN belum. Sebab rekod kita semua mengikut PN, bukan Bersatu atau Pas. Sila lakukan itu," katanya sewaktu pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Syed Abu Hussin sebelum itu bangkit mengemukakan soalan tambahan sebelum Ahmad Fadhli mencelah.
Sebelum ini, keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik
Selain Syed Abu Hussin, lima yang lain adalah Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Enam MP Bersatu
#Perikatan Nasional
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
#Johari Abdul
#Ahmad Fadhli Shaari
#Syed Abu Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan