SHAH ALAM: Dakwaan pembangkang mula memainkan sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) meskipun kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan Pakatan Harapan (PH) takut dengan pengaruh Perikatan Nasional (PN).
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semua pihak perlu jelas mengenai bentuk sentimen 3R yang dilarang kerana bukan semua isu berkaitan terutamanya perkara membabitkan agama tidak boleh diperkatakan.
“PH sebenarnya bimbang pengaruh PN yang makin berkembang. Kena jelas apa yang boleh dan tidak boleh dibangkitkan. Bukan semua isu agama tidak boleh diperkatakan.
“Kalau orang Islam tidak boleh bincang agamanya, apa akan jadi dengan kejahilan ummah dalam Islam. Begitu juga isu bangsa bukan semua tidak boleh. Kalau orang Melayu, Cina atau India tidak boleh bincang nasib bangsa mereka sendiri, siapa yang akan perjuang nasib bangsanya?” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman bahawa sentimen Melayu dan agama sudah pun bermula sebelum kempen DUN Pelangai apabila pihak ‘sebelah sana’ bermain sentimen 3R. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 19 2023

TUAN IBRAHIM: Kalau orang Islam tidak boleh bincang agamanya, apa akan jadi dengan kejahilan ummah dalam Islam. - Foto fail/Astro AWANI
Pesta Kanowit 2023 tarik penyertaan masyarakat luar
Pesta Kanowit 2023 tampil dengan pelbagai program menarik termasuk perlumbaan bot laju yang menarik 120 penyertaan termasuk dari Brunei Darussalam.
Penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu bakal tingkatkan sektor pelancongan Sarawak, Kelantan
Kewujudan semula sektor penerbangan langsung Kuching-Kota Bharu oleh syarikat penerbangan Air Asia diyakini merapatkan lagi hubungan antara Sarawak dan Kelantan, terutama dari sudut pelancongan.
251 bakal mahasiswa Lahad Datu terima wang pendahulun pinjaman PTPTN
Di Lahad Datu, seramai 251 orang pelajar telah menerima wang pendahuluan pinjaman (WPP) PTPTN berjumlah RM1500 sebagai perbelanjaan persiapan awal pelajar bagi memasuki IPT.
KUSKOP maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud, mohon peruntukan Belanjawan 2024
Menteri Pembanbgunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick ambil maklum nasib peniaga Tamu Kota Belud dan tamu lain seluruh negara dan telah memohon peruntukan di bawah Belanjawan 2024 bagi menyelesaikannya.
Realiti Tamu Kota Belud, serba daif, pengunjung makin kurang
Peniaga Tamu Kota Belud hampir patah semangat mengenangkan nasib mereka yang terpaksa mencari sesuap nasi di tapak niaga yang serba daif dan kurang pengunjung sejak empat tahun lalu.
Banjir Limbang: PPS Dewan Masyarakat Medamit ditutup
Setakat jam tiga petang Ahad mangsa banjir yang ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang menyusut kepada 11 orang berbanding 16 pada 12 tengah hari.
19 penghuni tiga rumah di Kg Nangka tinggal sehelai sepinggang
Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran dI Kampung Nangka, Sibu pada Ahad.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Polis tahan sembilan individu cuba lakukan penerokaan REE di Sik
Polis menahan sembilan lelaki yang cuba meneroka unsur nadir bumi (REE) di kawasan Kompartment 35, Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik pada 14 Sept lepas.

Bukti PH takut dengan pengaruh PN - Tuan Ibrahim
Semua pihak perlu jelas mengenai bentuk sentimen 3R yang dilarang kerana bukan semua isu tidak boleh diperkatakan.

Isu 3R: Kertas siasatan terhadap Hadi, Tun Mahathir dihantar ke AGC - KPN
Polis telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu 3R.

Dr Mahathir perlu henti kelirukan rakyat libat isu 3R - Tiong
Tiong berkata, pemimpin seharusnya mencontohi sikap Tun Abdullah yang berdiam diri dan terus mendoakan kesejahteraan untuk negara ini.

Tun M mahu terus bersuara dalam isu 3R
Tun Dr Mahathir Mohamad mahu terus bersuara terutamanya melibatkan isu-isu 3R yang menyentuh agama, bangsa dan institusi diraja walaupun sudah sembilan kali disoal siasat polis berkenaan isu itu.

PRK: Tiada laporan kesalahan berkaitan 3R setakat ini - Nie Ching
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak menerima sebarang laporan berhubung kesalahan penyebaran naratif kebencian 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja.

Isu 3R: Alumni 4B gesa kerajaan bertindak tegas
Jamaludin berkata, sejak kebelakangan ini, isu ini dipermainkan oleh banyak pihak, termasuk ketika Pilihan Raya Negeri baru-baru ini.

PRN: 'Ahli politik jangan eksploitasi, main isu 3R ketika kempen' - Ayob Khan
Tindakan akan diambil kepada semua pihak tanpa mengira parti jika menyentuh isu berkenaan.

Undang-undang baharu 3R ikat kebebasan bersuara?
Ismail Sabri berkata, sebagai sebuah negara yang berpegang kepada demokrasi, kebebasan bersuara dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Fahmi ingatkan semua pihak berhati-hati, jangan sentuh hal berkaitan 3R
Perkara ini penting kerana ia boleh menggugat perpaduan yang lama terjalin dan dipupuk sejak awal kemerdekaan dan penubuhan Malaysia.

Lapan laporan polis termasuk satu isu 3R di Pulau Pinang
Polis menerima lapan laporan termasuk satu membabitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum sejak bermula kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) hingga tengah malam tadi di negeri ini.