awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan pusat judi lumba kuda mampu pecahkan Pakatan Rakyat Selangor - PAS

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2014
05:51 MYT
Cadangan pusat judi lumba kuda mampu pecahkan Pakatan Rakyat Selangor - PAS
Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad
Cadangan pembinaan pusat judi lumba kuda di Hulu Selangor mampu memecah belahkan perpaduan antara PAS, DAP dan PKR di Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar A Samad.
Malah cadangan tersebut tegas Iskandar akan menjadi duri dalam daging baru kepada pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.
“Saya mengakui isu permohonan untuk membina sebuah pusat lumba kuda di Hulu Selangor boleh memecahkan Pakatan Rakyat di Selangor jika diluluskan,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar A Samad.
Kataya, sebagai sebuah parti Islam, PAS sama sekali tidak akan bersetuju dengan pembinaan pusat perjudian tersebut.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Iskandar menegaskan penentangan masyarakat Islam dan penolakan wakil-wakil PAS dalam kerajaan negeri dalam isu itu.
“Walau bagaimanapun saya yakin isu ini akan dapat diselesaikan dengan kerajaan negeri mengambil kira pandangan rakyat.
“Oleh yang demikian, saya menggesa agar masyarakat Islam supaya bersabar kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin kepada hasrat rakyat,” katanya.
Pada 3 Julai lalu, Bernama melaporkan bantahan tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) terhadap cadangan membina pusat judi lumba kuda terbesar di Asia di Bukit Tagar, Hulu Selangor
Menurut laporan tersebut cadangan membina pusat judi lumba kuda itu datangnya dari 'pihak tertentu' di Selangor.
Topic Berkaitan
#DAP
#Hulu Selangor
#PAS
#PKR lumba kuda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan