POLITICS
Calon Bebas, Malarvizhi teruja pertama kali mengundi

Malarvizhi bangun seawal jam lima pagi untuk menunaikan tanggungjawab itu. - Astro AWANI/Shahir Omar
Calon Bebas, Malarvizhi Rajaram menjadi calon paling awal berada di Pusat Daerah Mengundi di SJKC Chung Hua bagi menunaikan tanggungjawab mengundi di DUN Rantau.
Menurutnya, beliau begitu teruja kerana ini merupakan kali pertama mengundi.
“Hari ini adalah hari bersejarah untuk saya, saya pertama kali mengundi dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya di Malaysia dan saya datang awal serta mahu mengundi tepat jam 8 pagi nanti,” katanya kepada Astro AWANI di SJKC Chung Hua, Rantau pada Sabtu.
Katanya, beliau bangun seawal jam lima pagi untuk menunaikan tanggungjawab itu.
“Saya sangat bersemangat hari ini, ia menjadi hari yang istimewa buat saya,” ujarnya.
Mohamad akan tiba kira-kira jam 8 pagi.
Calon PH, Dr. S.Streram pula mengundi di SJKT Rantau, manakala Calon Bebas, Mohd Nor Yassin tidak mengundi kerana bukan pengundi Rantau.
Menurut SPR, 20,793 daripada 20,804 pengundi biasa layak mengundi pada PRK DUN Rantau.
Daripada jumlah itu, 11 orang telah mengundi secara pos.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami