awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon Gerakan untuk PRU14 hampir selesai - Mah Siew Keong

Bernama
Bernama
13/09/2015
07:23 MYT
Calon Gerakan untuk PRU14 hampir selesai - Mah Siew Keong
Menurut Mah, setakat ini 80 peratus calon parti itu yang merupakan gabungan muka baharu dan lama telah dikenal pasti. - Gambar Fail
Parti Gerakan kini hampir selesai mengenal pasti calon-calon berpotensi parti itu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, kata presidennya Datuk Mah Siew Keong.
Beliau berkata setakat ini 80 peratus calon parti itu yang merupakan gabungan muka baharu dan lama telah dikenal pasti dan yakin ia akan selesai sepenuhnya tidak lama lagi.
"Yang penting, kita sudah ada senarai mereka (calon). Cuma belum dimuktamadkan lagi. Nama-nama mereka ini akan disemak bagi mengesahkan mereka bersih segala-galanya sebelum bertanding.
"Kita (Gerakan) mahukan calon kita ini ada integriti dan kredibiliti yang boleh diterima semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Gerakan Negeri Johor di sini hari ini. Mah berkata ketika ini hanya ada beberapa negeri sahaja yang masih belum menyenaraikan nama-nama calon.
Menyentuh mengenai Johor, parti itu akan berbincang dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat untuk mengambil semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai yang sebelum ini diserahkan kepada MCA.
"Kita akan berbincang dengan penuh semangat setiakawan BN untuk kerusi DUN itu diserahkan semula kepada Gerakan pada pilihan raya akan datang," katanya.
Beliau berkata Gerakan negeri Johor sudah bersiap sedia dan bekerja keras bagi mempertahankan Parlimen Simpang Renggam dan DUN Pemanis yang dimenangi parti itu.
"Bagi DUN Bukit Batu, Gerakan turut memperkemaskan jentera termasuk di Skudai dan kita yakin walaupun sukar, kita boleh menang di tempat itu," katanya.
Ketika berucap, Mah memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin terhadap anggota parti yang terbabit mensabotaj calon parti itu pada PRU akan datang.
"Suka atau tidak, ahli perlu akur dengan keputusan parti memilih calon dan kita akan ambil tindakan segera kepada mana-mana ahli yang mensabotaj calon dan parti," katanya.
Sementara itu, Mah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mahu rakyat terus memfokuskan kemajuan negara daripada cuba menyemai bibit kebencian melalui protes jalanan dan demonstrasi.
Beliau berkata tindakan itu selain boleh menyemai sikap kebencian antara kaum ia juga boleh menyebabkan negara kehilangan pelabur asing.
"Mereka melihat perkara ini melalui media sosial dan kita khuatir pelabur dan juga pelancong akhirnya takut untuk datang ke negara kita," katanya.
Katanya bukan semua perkara boleh dipolitikkan kerana ia akan merugikan semua pihak.
"Kita tidak perlukan hero untuk kaum Cina, Melayu dan juga India tetapi sebaliknya kita perlukan hero untuk Malaysia," katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DUN
#GERAKAN
#mah siew keong
#pilihan raya
#Skudai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan