awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chini Memilih: Bebas bersuara kekuatan saya - Mohd Syukri

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2020
04:24 MYT
Chini Memilih: Bebas bersuara kekuatan saya - Mohd Syukri
Shukri, 49, yang tiba pada jam 9.05 pagi tadi untuk menyerahkan borang pencalonan. - Foto BERNAMA
Salah seorang calon Bebas yang akan bertanding pada Pilihanraya Kecil N23 Dewan Undangan Negeri Chini, Mohd Syukri Mohd Ramli menyifatkan suara bebas tanpa terikat mana-mana parti politik, menjadi kekuatan dirinya.
Shukri, 49, yang tiba pada jam 9.05 pagi tadi untuk menyerahkan borang pencalonan berkata kelebihan mengguna media sosial tanpa sempadan akan memberi kelebihan untuk beliau membawa isu-isu semasa di Chini.
"Kekuatan kita kerana kita berani bersuara, saya berani bersuara dan tidak akan berselindung dengan isu rakyat. Kita akan berani. Itu kekuatan kita.
"Bermakna kalau rakyat hantar kita ke DUN Pahang, kita berani mengangkat isu rakyat, lombong haram, tasik yang tercemar, penggondolan hutan, curi balak, kita berani," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagi Shukri, ini adalah kali ketiga beliau menjadi calon pilihan raya bermula 2008 atas tiket calon bebas.
PRK DUN Chini pada 4 Julai ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.
Calon pertama tiba di Dewan Pusat Penamaan pagi tadi adalah seorang lagi calon bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin pada pukul 09.01 kemudian diikuti calon BN, Mohd Sharim Md Zain pada pukul 09.04 pagi dan terakhir Mohd Shukri yang tiba pada pukul 09.05 pagi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Chini Memilih
#DUN Chini
#haram
#lombong
#media sosial
#Mohd Sharim Md Zain
#Mohd Syukri Mohd Ramli
#Pahang
#pilihan raya
#rakyat
#Zainul Hisham Tengku Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan