awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cinta' UMNO terhadap Pas berbalas - Salahuddin

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
02/08/2018
07:13 MYT
'Cinta' UMNO terhadap Pas berbalas - Salahuddin
SALAHUDDIN: Serah kepada rakyat untuk menilai hubungan kedua-dua parti itu.
Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub menyifatkan 'isyarat' Pas yang dilihat kekal dengan pendirian menentang Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis adalah menggambarkan parti itu ‘membalas cinta’ UMNO.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimanapun menyerahkan kepada rakyat untuk menilai hubungan kedua-dua parti itu.
“Pasal mereka bercinta terlalu mendalam. Biarlah rakyat melihat episod percintaan mereka ini dan mereka mengharapkan satu hasil daripada percintaan itu. Itu adalah harapan Datuk Seri Zahid
“Cinta berbalaslah tu. Jadi saya rasa tiada masalah. Teruskanlah, jadi mudah rakyat buat perhitungan,” katanya dalam sidang media selepas Program Ramah Mesra Bersama Rakan Media di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini.
Salahuddin dalam pada itu tindak-tanduk UMNO dan Pas sendiri akan dilihat rakyat untuk memberi sokongan atau sebaliknya.
“Kalau saya kata itu ini nanti orang kata tak betul. Biar dari mulut dan perbuatan mereka sendiri itu beritahu rakyat. Jadi mudah untuk rakyat membuat keputusan. Tidak ada selindung lagi. Bagus untuk rakyat mendapat keputusan yang jelas dan nyata,” ujarnya.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin pengundi Pas akan menolak calon Pakatan Harapan daripada PKR pada PRK DUN Sungai Kandis, Sabtu ini.
Malah kata Ahmad Zahid, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hasan pada Rabu yang menghantar 'isyarat' bahawa parti itu kekal dengan pendirian menentang PH yang didakwa mengetepikan Islam dan masyarakat Melayu.
Topic Berkaitan
#Amanah
#PAS
#politik
#Salahuddin Ayub
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan