awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan akan jejaskan UMNO dalam pilihanraya umum - Salleh Keruak

Bernama
Bernama
28/11/2015
01:00 MYT
Dakwaan akan jejaskan UMNO dalam pilihanraya umum - Salleh Keruak
SALLEH: Percubaan untuk menjatuhkan presiden UMNO menerusi dakwaan yang sengaja direka-reka tidak selari dengan tradisi parti. - Gambar Fail
Percubaan untuk menjatuhkan presiden UMNO menerusi dakwaan yang sengaja direka-reka akan menjejaskan keseluruhan parti selain mengakibatkan UMNO berdepan risiko kalah dalam pilihan raya umum, kata seorang pemimpin UMNO Sabah pada Jumaat.
Ketua UMNO bahagian Kota Belud yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini sudah tentu tidak selari dengan tradisi parti.
"Jika kita ingin bercakap tentang mengekalkan tradisi parti dan tidak menjauhkan diri daripada tradisi parti, maka kita perlu melihatnya secara keseluruhan dan tidak mengambilnya sedikit demi sedikit mengikut apa yang sesuai dengan kita," katanya dalam blog http://sskeruak.blogspot.my/#!/tcmbck hari ini.
Salleh berkata satu daripada tradisi parti yang dilanggari adalah mendakwa presiden mencuri RM42 bilion sedangkan ia bukanlah begitu.
Sementara itu, beliau berkata perasmian persidangan tiga sayap pada Perhimpunan Agung UMNO oleh timbalan presiden parti merupakan satu tradisi dan hanyalah keistimewaan yang diberi kepada beliau.
"Ia bukan satu hak. Dan ketika hak tidak boleh diambil daripada sesiapa, keistimewaan pula perlu diperoleh. Dan keistimewaan boleh hilang jika disalahgunakan. Itu sebenar caranya," katanya.
Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya Selasa lepas memutuskan bahawa persidangan tiga sayap UMNO - Wanita, Pemuda dan Puteri - akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing susulan cadangan daripada sayap terbabit.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Pemuda UMNO
#Perhimpunan Agung UMNO
#Puteri UMNO
#Salleh Said Keruak
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan