awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi

Bernama
Bernama
17/08/2024
07:45 MYT
Dakwaan kepimpinan PKR gugur Kabinet, taktik lapuk pembangkang - Rafizi
Rafizi berkata, pembangkang memainkan isu picisan kerana tidak mampu membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara seperti ekonomi dan pentadbiran. - Gambar/ Bernama
JOHOR BAHRU: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan khabar angin mengenai kepimpinan tertinggi PKR bakal digugurkan daripada Kabinet, sebagai taktik lapuk pembangkang.
Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata pihak pembangkang mula memainkan isu picisan, memandangkan pihak berkenaan tidak boleh membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara seperti ekonomi dan pentadbiran.
"Itu penipuan... saya rasa ini taktik lapuklah bila polemik politik itu, lawan kami tidak boleh berhadapan dengan soal-soal yang penting untuk negara, soal ekonomi, soal pentadbiran jadi dia mula ambil isu-isu picisan...benda itu memang angin pun tak ada, ribut pun tak ada.
"Saya boleh sebut sepanjang 25 tahun saya dalam PKR ini adalah masa yang paling stabil dan paling aman sekali, sebab itu tiada yang datang dari PKR mengenai apa-apa masalah, cuma sekali sekala akan ada musuh politik itu sebab dia (pembangkang) tak ada isu, dia tak boleh nak serang dia timbulkan (isu)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024 di sini hari ini, ketika diminta mengulas dakwaa terdapat kemungkinan kepimpinan tertinggi PKR akan digugurkan daripada Kabinet.
Sementara itu, dalam sesi 'Ask Minister Anything bersama Menteri Ekonomi' sempena Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024, Rafizi berkata Kementerian Ekonomi akan mempertimbang cadangan pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) secara khusus bagi penglibatan Orang Kurang Upaya (OKU).
Rafizi berkata kesesuaian pelaksanaannya akan dibincangkan di peringkat kementerian selepas mendapat maklum balas daripada orang awam.
Inisiatif di bawah Kementerian Ekonomi, IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#rombakan kabinet
#taktik pembangkang
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan