awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan pemimpin UMNO masuk pembangkang karut - Syed Ali

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2016
23:46 MYT
Dakwaan pemimpin UMNO masuk pembangkang karut - Syed Ali
SYED ALI: Ini berita karut, provokasi dan propaganda pihak tertentu untuk mengaburi mata rakyat khususnya ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi. - Gambar fail
Dakwaan kononnya ada pemimpin kanan UMNO dan menteri Kabinet akan melompat parti menyertai pembangkang disifatkan terlalu karut dan tidak masuk akal.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, ia sukar dipercayai dan merupakan propaganda pembangkang yang terdesak mahukan sokongan rakyat.
"Ini berita karut, provokasi dan propaganda pihak tertentu untuk mengaburi mata rakyat khususnya ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.
"Dakwaan ada kalangan pemimpin UMNO telah berbincang dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad amat meragukan.
"Sukar untuk dipercayai laporan tersebut," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali turut memberitahu tidak tahu menahu mengenai perkembangan tersebut selain menasihatkan ahli-ahli parti supaya tidak mempercayai berita tesrebut.
"Saya menaruh keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada. Saya juga menafikan sekeras-kerasnya UMNO semakin tenat kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyifatkannya berita tersebut tidak berasas.
"Saya juga menolak dakwaan ada kalangan pemimpin kanan UMNO mula mengadakan perbincangan dengan pihak pembangkang untuk menyertai parti baru,
Sebuah portal melaporkan bekas editor kanan New Straits Times, Firdaus Abdullah meramalkan beberapa pemimpin tertinggi UMNO akan beralih kepada pembangkang.
Ini berlaku ekoran tindakan undang-undang Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas berbilion-bilion aset yang didakwa disalah gunakan daripada dana pelaburan negara 1MDB.
Portal itu memetik Firdaus sebagai berkata, para pemimpin UMNO itu telah memulakan perbincangan dengan Dr Mahathir.
Sebelum ini, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti politik baru yang akan membawa agenda 'Selamatkan Malaysia' dan menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Syed Ali
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan