DAP sedia hadapi PRU16 jika diadakan lebih awal - Gobind

Gobind sewaktu berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 hari ini. - Foto FB Gobind Singh Deo
KUALA LUMPUR: DAP bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya ia diadakan awal daripada jangkaan, kata Pengerusi DAP Kebangsaan Gobind Singh Deo.
Ringkasan AI
- DAP bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) jika diadakan awal dari jangkaan, mengikut Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo.
- Mandat Kerajaan MADANI yang melibatkan PH, BN, GRS, GPS, dan Warisan akan tamat pada 2027, memberi kesan kepada persediaan politik menjelang PRU16.
- Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 menjadi platform penanda aras kepada PH menjelang PRU16, dengan seruan untuk kekalkan kesatuan dan usaha demi kemenangan.
Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang sedang berlangsung, Gobind berkata ia menjadi penanda aras kepada PH menjelang PRU16 akan datang.
Terdahulu, berucap pada konvensyen berkenaan, beliau menyeru seluruh ahli parti untuk kekal bersatu dan terus berusaha bagi meraih kemenangan.
"Kita mesti terus berpegang teguh pada asas perjuangan kita dan melangkah ke hadapan demi sebuah Malaysia yang lebih gemilang untuk semua," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


